JUMAAT adalah hari yang unik dan istimewa di kalangan umat Islam. Kemunculan sinar mentari penghulu segala hari itu sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha meraih keberkatan.
Antara kelebihan Jumaat kepada seluruh umat Islam apabila semua makhluk Allah merayu belas kasihan kepada-Nya. Abi Lubabah al-Munzir memberitahu, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "...Tidak ada satu malaikat sekalipun yang hampir dengan Allah, langit dan bumi, angin, gunung-ganang dan lautan, melainkan semuanya memohon belas kasihan kepada Allah (pada hari itu)." (Hadis riwayat Ibnu Abi Syuhaibah).
Kenyataan Baginda itu memberikan gambaran bahawa Jumaat adalah hari yang diakui kehebatannya seluruh makhluk Allah. Justeru, mengapakah kita sebagai manusia membiarkan hari mulia itu sia-sia tanpa amalan?
Kedua, Rasulullah berkata Jumaat adalah hari yang penuh dengan peristiwa. Kata Baginda, "Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah Jumaat. Pada hari itu, diciptakan Adam pada hari Jumaat, dimasukkan ke syurga pada hari Jumaat, dikeluarkan daripada syurga juga pada hari Jumaat dan tidak berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat." (Hadis riwayat Muslim).
Malah hari berkenaan turut tersingkap pelbagai peristiwa dan amat wajarlah sebagai umat akhir zaman memperbanyakkan amal ibadah serta amalan kebajikan.
Ketiga, Rasulullah berpesan supaya menggunakan hari itu untuk berdoa kerana terdapat satu tempoh yang sangat diberkati dan mustajab di sisi Allah.
Doa yang dipohon hamba-Nya diperkenankan Allah. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Pada hari Jumaat ada satu saat yang mana sekiranya berkebetulan dalam solat seseorang hamba lalu dia bermohon sesuatu kepada Allah, pasti diberikan apa-apa yang dimintanya sambil Baginda mengiisyaratkan dengan tangan Baginda bagi menggambarkan betapa singkatnya saat itu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Allah suka kepada hamba-Nya yang gigih dalam berdoa. Justeru, kita perlu menjadikan Jumaat sebagai hari memperbanyakkan amalan dan berdoa.
Jangan anggap keistimewaan hari Jumaat itu hanyalah kepada aspek Khutbah dan solat Jumaat semata-mata. Ada beranggapan mudah apabila sudah selesai menunaikan solat Jumaat secara berjemaah di masjid, maka tamatlah keistimewaan.
Hal itu sebenarnya dikhabarkan sendiri Rasulullah sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: "Akan dilipat ganda pahala yang dilakukan pada hari Jumaat." (Hadis riwayat at-Tabrani).
Baginda bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya pada hari Jumaat, seluruh makhluk termasuklah jin dan manusia akan gementar, dan pada hari itu juga dilipat gandakan kebajikan dan kejahatan, dan hari yang mana berlakunya Kiamat." (Hadis riwayat Ibnu Abi Syuhaibah)
Satu lagi amalan yang tidak seharusnya ditinggalkan adalah selawat ke nabi. Jumaat adalah hari paling afdal kepada kita untuk mengamalkannya.
Pesan Rasulullah, "Hendaklah kamu membanyakkan berselawat atasku pada setiap Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak berselawat atasku, dia paling hampir kedudukannya denganku." (Hadis riwayat Bukhari).
Cik NiNe Che Kadir
,
Sabtu, Jun 02, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
PENULIS
Cik NiNe Che Kadir
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang
Kehebatan Jumaat diakui seluruh makhluk silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "