Oleh MUHAMAD MAT YAKIM
15 Jun 2012
15 Jun 2012
Tidak sayang mulut sungguh rakan yang bertanya, mengapa saya menulis mengenai hantaran kahwin minggu lalu.
Kata mereka, mengapa saya tiba-tiba ambil berat hal itu? Adakah kerana saya ada hasrat untuk 'pasang' lagi satu? Jawapannya, tidak! Ini tidak ada kena mengena dengan diri saya.
Apa yang saya tulis didorong oleh rasa prihatin meskipun saya sedar, soal hantaran adalah hak pengantin dan keluarga pengantin.
Saya hanya mahu mengingatkan kepada mereka yang berkenaan supaya isu ini tidak sampai mencetuskan masalah kepada pasangan yang baru hendak memulakan hidup berumah tangga. Mana yang boleh dipermudahkan, elok dipermudahkan.
Itu sahaja. Jangan kata hendak 'pasang' satu lagi, melihat nilai hantaran kahwin zaman sekarang sahaja pun, saya berulang kali mengucap syukur kerana lahir pada 1971, bukan 1991.
Kalaulah sekarang baru sampai umur layak berkahwin, mana nak 'cekau' hantaran yang berpuluh ribu itu?
Iyalah, takkan yang tidak bersekolah kita nak jadikan isteri.
Bukan kerana memilih tetapi bukan senang hendak cari yang seperti itu sekarang sebab kita pun tahu, perempuan jauh lebih ramai yang masuk universiti berbanding lelaki.
Payah jumpa yang hanya ada sijil UPSR ataupun SRP. Apa pun, hal ini baik juga untuk kita jadikan motivasi. Daripada empat anak saya, tiga adalah lelaki.
Saya sering ingatkan mereka, apabila dewasa kelak, jangan kata hendak hidup mewah, hendak berbini pun susah jika tidak berkelulusan tinggi.
Kalau sekarang sudah berpuluh ribu, bukan mustahil sepuluh atau 20 tahun lagi boleh mencecah hingga RM100,000. Itu baru hantaran! Kalau sekarang hendak dicari yang hanya bersijil PMR/SRP atau SPM sahaja pun sudah susah, nanti mungkin tidak ada langsung perempuan yang bukan graduan universiti.
Apa yang harus diingat, pilih isteri bukan boleh tangkap muat.
Isteri adalah teman suami yang paling rapat. Rakan berbincang yang paling diharap. Maka latar belakangnya pun mestilah setaraf.
Buah fikirannya mesti meyakinkan dan boleh jadi panduan.
Sebab itu, dalam Islam, hal sekufu sangat penting. Kalau setakat pilih pada rupa, hanya pandang sekilas terus jatuh cinta dan mahu dibuat isteri, silap hari bulan boleh menyesal kemudian hari.
Saya teringat satu kisah yang pernah dibualkan bersama rakan-rakan di kedai kopi: Seorang anak muda usahawan agro yang sangat berjaya, terpikat kepada seorang gadis jelita yang tidak diketahui latar belakangnya.
Namun didorong rasa cinta yang membuak-buak dek kerana terpukau pada rupa sejak pandangan yang pertama, si usahawan agro itu tidak berfikir panjang lalu membuat keputusan untuk meminang selepas mendapat serba sedikit maklumat mengenai gadis idaman.
Kerana dia sememangnya mampu, hati pula mendesak-desak mahu bersatu, maka bersandinglah mereka hanya selang beberapa minggu.
Si usahawan agro ini sememangnya sangat berjaya. Kejayaan dimiliki atas usaha sendiri kerana dia tidak pernah mendapat pinjaman kerajaan hingga beratus juta.
Selepas bersanding, dia membawa isterinya bersiar-siar di ladang untuk merakam gambar kenangan. Selain menikmati keindahan yang saujana mata memandang, tujuannya adalah untuk isterinya berasa lebih santai dan tenang.
Maklumlah, gadis yang baru berkahwin, tentu debaran hatinya menderu-deram.
Ada pun ketika bersiar-siar, terpandanglah mereka akan adegan sepasang lembu sedang mengawan.
Kebetulan pula pada masa yang sama, si suami yang perasaan mahunya menggodam-godam, sedang tercari-cari perkataan, bagaimana cara mahu mengajak isterinya bertukar-tukar 'cenderamata' itu malam.
Hendak berterus terang, dia terasa malu, hendak berkias-kiasan, dia tidak tahu.
Lalu apabila terpandang adegan lembu mengawan, dia tiba-tiba mendapat ilham. Lalu berkatalah usahawan agro yang sangat berjaya itu kepada isterinya:
"Sayang, abang teringinlah nak buat macam lembu tu..."
Lalu isterinya pun menjawab: "Buatlah bang, itu kan lembu abang!"
* Penulis adalah penulis kolumnis di akbar Sinar Harian
Sabtu, Jun 16, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
PENULIS
Rokiah Mad Dom

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

Seorang Surirumah Sepenuh Masa
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Kalaulah dapat isteri macam ini... silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "