Khamis : 10 April 2025   
@ 12 Syawal 1446H / 5:03 AM

1Jumaat,Jun

Kacang Tanah Kurangkan Risiko Penyakit Jantung

    Kacang tanah atau Arachis hypogea merupakan sejenis spesies kekacang dari keluarga Fabaceae yang berasal dari Amerika Selatan. Kacang tanah merupakan sejenis tumbuhan tropika yang tumbuh secara renek setinggi 30–50 cm.
 
 
BINA DAYA KETAHANAN
 
        Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak di samping protein, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus, vitamin A dan K, lesitin, kolin serta kalsium. Kandungan protein di dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi berbanding daging, telur dan kacang soya. Selain itu, kacang tanah juga mempunyai rasa manis dan sesuai digunakan dalam penghasilan kuih-muih.
 
    Kacang tanah juga dikatakan mengandungi bahan yang boleh membina daya ketahanan tubuh dalam mencegah beberapa jenis penyakit. Mengambil sebanyak satu auns kacang tanah dalam lima kali seminggu dipercayai dapat mencegah penyakit jantung. Kacang tanah membantu meningkatkan kemampuan jantung serta menurunkan risiko penyakit koroner.
 
    Kacang tanah mengandungi Omega 3 dan Omega 9. Dalam satu auns kacang tanah terdapat kira-kira 18g Omega 3 dan 17g Omega 9.
 
    Kacang tanah turut mengandungi fitosenol yang dapat membantu menurunkan kadar kolesterol serta kadar trigliserida iaitu dengan cara menghalang penyerapan kolesterol daripada makanan yang dialirkan di dalam darah serta mengurangkan penyerapan kembali kolesterol dari hati di samping mengawal HDL kolesterol. Kacang tanah juga mengandungi arginin yang dapat merangsang tubuh untuk menghasilkan nitrogen monoksida yang berfungsi untuk melawan bakteria tuberkulosis.
 
BUKAN PUNCA JERAWAT
 
        Kajian turut menunjukkan bahawa kacang tanah juga dapat menjadi penurun tekanan darah tinggi dan kandungan kolesterol dalam darah. Ia berkesan untuk melegakan penyakit hemofilia atau kecenderungan mudah berdarah, penyakit keputihan dan insomnia. Namun begitu, bagi mereka yang menghidapi kanser payudara serta mempunyai masalah kulit berjerawat atau akne dinasihatkan agar berhenti makan kacang tanah.
 
    Ramai yang beranggapan bahawa kacang tanah adalah punca kepada masalah jerawat. Namun begitu, sebuah kajian oleh American Academy of Dermatology menyatakan bahawa kacang tanah bukanlah puncanya.
 
    Di samping itu, kacang tanah turut membantu menghalang radikal bebas, menurunkan tekanan darah dan kolesterol darah serta menghindari tubuh daripada serangan jantung. Selain itu, kacang tanah turut mengandungi asid amino yang tinggi. Minyak dari kacang tanah adalah sumber terbaik untuk mencuci bahagian perut. Selain itu, untuk menambahkan kandungan susu badan untuk para ibu yang menyusukan bayinya, mereka digalakkan untuk mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.
 
    Kacang tanah juga dipercayai mengandungi bahan-bahan semula jadi yang dapat membina daya ketahanan tubuh untuk menentang penyakit batuk kering. Tahukah anda bahawa kacang tanah juga bermanfaat dalam program diet. Ini kerana kacang tanah tergolong dalam kategori makanan untuk diet. Kacang tanah sesuai dijadikan sebagai makanan kesihatan untuk mereka yang sentiasa melengkapi hidangan harian dengan makanan sumber lemak.
 
    Mereka yang makan kacang tanah satu hingga empat kali seminggu dapat mengurangkan sekurang-kurangnya 25 peratus risiko penyakit jantung koronori jika dibandingkan mereka yang hanya sekali atau kurang memakannya. Kandungan niasnin yang tinggi iaitu 13mg dalam setiap 100g bahan makanan. Selain berfungsi sebagai enzim, niasin turut membantu menurunkan kadar kolesterol darah.
 
    Namun begitu, anda diingatkan bahawa kacang tanah bahaya untuk mereka yang alergi dengannya.
 

 
Unknown , Jumaat, Jun 01, 2012 | 1 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

1 ulasan :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog