Dahulukan tangan kanan
Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Timur untuk mendahulukan apa jua perbuatan dengan tangan kanan, baik bersalam, makan, menunjuk dan sebagainya. Apabila kita mendengar hadis di atas bukanlah ia menjadi sesuatu yang janggal. Tetapi rata-rata masyarakat pada zaman berteknologi tinggi kini mula makan dengan tangan kiri, jelas kelihatan pada majlis rasmi sehinggalah ke tempat ternama seperti di hotel besar.
Akan tetapi Nabi berpesan agar makan menggunakan tangan kanan dan sesiapa yang makan menggunakan tangan kiri, mereka adalah pengikut kepada amalan syaitan. Melihat ketamadunan Barat yang menyuap makanan dengan tangan kiri malah itu juga diikuti golongan elit bangsa kita dalam majlis high level. Tidak terfikirkah kita kenapa dalam Islam tidak digalakkan untuk makan menggunakan tangan kiri?
Yang pastinya setiap cegahan terselit hikmah dan kebaikan untuk semua. Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera kiri dan kanan, bahagian kiri badan dikawal oleh bahagian kanan otak dan sebaliknya. Kajian sains menjelaskan mengenai aktiviti otak menunjukkan, secara amnya lebih banyak aktiviti di bahagian kiri otak ketika seseorang itu sedang berada dalam keadaan yang positif contohnya mesra, riang dan gembira.
Sifat-sifat negatif seperti menyendiri lebih aktif dalam otak sebelah kanan. Mengapa apabila kita dilanda masalah, meluahkan perasaan ataupun bercakap sama ada kepada diri sendiri atau pun kepada manusia lain serba sedikit dapat mengurangkan tekanan di dalam diri kita? Besar kemungkinan ianya disebabkan penggunaan otak kiri yang terlibat lebih aktif dalam bahasa pertuturan, aktiviti berkomunikasi dengan tidak secara langsung membuat bahagian kiri otak aktif lantas menimbulkan perasaan positif dan mengurangkan tekanan perasaan.
Jadi jika kita dikaitkan dengan aktiviti makan menggunakan tangan kanan yang mana akan mengaktifkan bahagian kiri otak, bukankah ia akan menimbulkan wujudnya perasaan positif? Lebih positif semasa kita menjamu selera, lebih mudah makanan dihadamkan serta makin sihatlah tubuh badan ibarat kata badan sihat otak cerdas!.
Etika pemakanan Barat
Makan dengan tangan kiri diyakini mengaktifkan otak kanan yang dikaitkan dengan sifat negatif, sebab itulah makan dengan tangan kiri umpama meniru perbuatan syaitan kerana sifat syaitan itu sendiri yang penuh dengan dengki dan sombong. Lebih bahaya lagi apabila perbuatan makan dengan tangan kiri itu juga akan membuatkan manusia lebih mementingkan diri sendiri serta tidak peduli lagi pada insan-insan lain terutamanya dalam hal makan itu.
Masih ingat lagi ketika mula memasuki bidang perkhidmatan VIP, kami rakan sekerja diarahkan untuk menghadiri kursus etika pakaian dan pemakanan. Kami diajar cara untuk berpakaian yang 'betul' termasuklah cara menggunakan segala jenis sudu, garpu, pisau, etika pemakanan Barat sebagai persiapan untuk menghadiri majlis rasmi, termasuklah juga dengan menyuap makanan dengan tangan kiri.
Persoalannya di sini adalah, jika etika makan ala barat mula dipraktikkan golongan elit masyarakat kita yang rata-ratanya adalah pemimpin, maka lebih kerap otak kanan diaktifkan ketika makan yang boleh dikaitkan dengan bercambahnya sikap negatif, menyendiri dan pentingkan diri sendiri, mungkinkah itu penjelasan mengapa golongan pemimpin kita rata-ratanya membuat keputusan lebih untuk kepentingan diri dan kroni berbanding masyarakat?
Mungkinkah ini penjelasan mengapa manusia yang kaya makin bertambah kaya, berniaga dan mengambil untung berganda-ganda tanpa mengira kesan terhadap masyarakat dan persekitaran?
Apa yang dikemukakan ini hanyalah hipotesis dari aspek pembacaan, tepuk dada dan guna frontal lobe anda untuk berfikir sedalam-dalamnya mengenai perkara yang dibincangkan.
Tiada perintah ALLAH SWT dan anjuran Nabi yang tiada kebaikan untuk umat manusia, hanya mereka yang melihat dengan mata hati keimanan sahaja yang dapat memahami.
Cik NiNe Che Kadir
,
Sabtu, Jun 16, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
PENULIS
Cik NiNe Che Kadir
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang
Hikmah makan guna tangan kanan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "