Contoh mudah ialah mengajar anak supaya meminta izin kepada penunggu sesuatu kawasan ataupun hutan apabila melalui di tempat tersebut. Lafaz yang biasa diajarkan seperti, "Datuk nenek, cucu minta tumpang lalu."
Nabi mengajar andai pergi ke satu tempat dan berasa takut, maka bacalah doa yang bermaksud: "Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan apa yang diciptakan." (riwayat Imam Muslim, no. 2708)
Kata Nabi kalau dibacakan ayat ini pada suatu tempat, seseorang tidak akan diganggu sehingga keluar dari tempat itu. (lihat; Syarah Hisnul Muslim oleh Dr Said bin Ali bin Wahf al-Qahthani).
Nabi mengajarkan doa yang ringkas, doa yang boleh dihafal dan boleh diamalkan bahkan wajib beriman mempercayainya dengan sebenar-benar kepercayaan bahawa apabila membacanya maka tidak perlu kepada yang lain, tidak perlu takut dan tidak perlu meminta kepada selain-Nya.
Meminta pertolongan daripada orang mati
Kemudiannya pula meminta pertolongan daripada orang yang mati. Ini barangkali sensitif pada sebahagian orang tetapi demi Islam wajar diperkatakan yakni perbuatan berdoa kepada selain daripada Allah meminta pertolongan daripada orang yang mati. Siapa orang mati yang mereka mohon dan berdoa ini ialah orang alim atau wali.
Mereka berdoa dengan doa seperti "Ya Ghauts.. Aghitsni Wahai Ghauts, bantulah aku.." Mereka meminta pada kuburan, akhirnya menyembah kubur itu dan memohon keberkatan daripada kubur itu, tidak kepada Allah.
Perkara ini dapat dilihat dalam sesuatu ajaran melalui Internet. Lihatlah bagaimana mereka pergi ke kuburan tokoh-tokoh mereka, menyembah dan meminta segala-galanya terus kepada kubur bahkan berpaling daripada kiblat.
Begitu juga dengan kelompok tarikat yang melampau dan sesat yang berdoa meminta daripada Allah dan akhirnya mereka tidak sedar apa yang dilakukan itu sudah mensyirikkan Allah.
"Tawassul yang ditegah" ialah memohon kepada roh orang mati supaya roh itu menolong menunaikan hajat keperluannya atau memohon supaya roh itu melepas atau menolak sesuatu bala bencana yang menimpanya atau memohon secara bernazar dengan katanya "wahai syeikh si anu..." dengan disebut namanya dan lain-lain lagi. (lihat: Penjelasan Istilah Yang Boleh Membawa Penyelewengan Akidah terbitan Jakim)
Bahaya syirik
Allah berfirman maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa selain daripada (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya." (surah An-Nisaa, 4: 48)
Inilah perbuatan syirik dan bahayanya dosa syirik yang perlu diketahui supaya ditinggalkan.
Sesungguhnya di antara ancaman Allah mengenai bahayanya syirik ini menerusi firmannya memberikan peringatan kepada Nabi kita di dalam surah Az-Zumar, maksudnya: "Dan sesungguhnya diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu. 'Jika kamu syirik kepada-Ku (Allah), nescaya akan Kami hapuskan amalmu dan termasuklah kamu daripada kalangan orang-orang yang rugi." (surah Az-Zumar, ayat 65)
Kerugian yang sebenar apabila berjumpa dengan Allah di akhirat kelak dan dicampakkan ke dalam neraka. Seperti mana ayat yang disebutkan tadi bahawa, dosa syirik tidak akan Allah ampunkan. Dan jika kita syirik sehingga tidak sempat bertaubat kepada Allah, maka akan rugi selama-lamanya, kerana dosa syirik satu-satunya dosa yang api neraka tidak akan dapat menghapuskannya.
Kalau ada antara kita melakukan perkara tersebut hendaklah segera bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka dan Nabi berkata kepada kita, maksudnya: "Semua anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat." (riwayat Imam al-Tirmizi)
Bagaimana menghindari syirik
Untuk mengetahui perkara syirik dan apakah yang bahaya, tidak dapat tidak perlu mempelajari ilmu agama, mempelajari ilmu tauhid, mengetahui amalan syirik supaya terhindar daripada melakukannya.
Menuntut ilmu akidah yang benar. Yakni ilmu akidah yang didasari daripada dalil al-Quran dan hadis sahih. Tidak perlu bersusah-payah menyelak lembaran al-Quran dan kitab hadis kerana ulama terdahulu sudah pun melakukannya untuk kita.
Antara kitab akidah yang terbaik, termasuk Akidah Wasitiyah oleh Syaikul Islam Ibnu Taimiyah, Lum'atul I'tiqod oleh Ibnu Qudamah al-Maqdisi, Aqidah Tahawiyah oleh Imam Abu Jaafar Tahawi.
Selepas itu, beramal dengan doa yang sahih daripada Nabi untuk menghindari gangguan jin dan syaitan. Antara doa yang Nabi ajarkan untuk menyingkir gangguan daripada jin dan sebagainya seperti doa bermaksud:
"Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari keburukan syaitan dan binatang berbisa, dan daripada segala keburukan mata ('ain) yang jahat." (riwayat Imam al-Bukhari, no. 3191)
*Penulis lulusan Syariah Fiqh dan Usul (UM) adalah Ketua Biro Sekretariat ILMU
Cik NiNe Che Kadir
,
Sabtu, Jun 23, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
PENULIS
Cik NiNe Che Kadir
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang
Dosa syirik tak diampun silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "