2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 8:11 AM

14Khamis,Jun

Beribu ringgit melayang di angin lalu

Oleh FARUSH KHAN, (13 Jun 2012)
 
Terperanjat saya mendapat tahu seorang lagi kawan baik saya kena tipu; bukan sikit-sikit, beratus ribu ringgit. Yang saya terkesima, dia bukan calang-calang orang, seorang eksekutif kanan, seorang yang bijak, luas pengalaman dan berpendidikan tinggi.
 
Tapi entah apa sudah masuk dalam kepalanya pada hari yang malang itu baru-baru ini, dia bagaikan dipukau. Hanya dengan janji manis mendapat pulangan lumayan dalam tempoh yang cepat, dan beberapa cek dipamerkan  sebagai daya penarik, dia terus sahaja menandatangani surat tawaran pelaburan daripada orang yang tidak begitu dikenali dan tanpa banyak bicara.
 
"Hang nampak aku macam senyum kan? Tapi hati aku menangis, Tuhan saja yang tau. Aku betoi-betoi tengah hadapi masalah besaq," dia meluahkan perasaannya dalam loghat Kedahnya yang pekat tanpa ditanya. Biji matanya yang  merah kerana tidak tidur beberapa malam, dengan digenangi air itu adalah testimoni jelas kepada segala penyeksaan, penderitaan dan jeritan batinnya.
 
Husin membuat keputusan melabur kira-kira setengah juta ringgit secara mendadak, wang yang dipinjam daripada beberapa sumber, saudara-mara. Untung memang tercatat atas kertas beberapa hari sahaja selepas tarikh pelaburan,  sehari ada RM2,000 ada RM3,000 tetapi hakikatnya, dalam tempoh dua minggu sahaja, duit yang menggunung itu susut dan lenyap, kononnya kerana dia tidak berjaya top up draf bank yang dia tidak tahu menahu.
 
Husin tidak faham langsung bagaimana ia boleh jadi begitu. Dia bergegas ke pejabat agen syarikat pelaburan itu dan jawapan yang diterima daripada wakil syarikat tersebut mudah sahaja. "Tuan kena top up lagi setengah juta ringgit  dalam tiga hari untuk membuat pelaburan tuan terapung," begitu ringkas dan selamba jawapan agen itu apabila Husin menuntut penjelasan.
 
Dia menjadi panik, seluruh badannya gementar dan seram sejuk. Dia menjerit, memarahi agen yang berdiri di hadapannya, bungkam. Tiada kata, tiada penjelasan lanjut. Menurut agen itu, Husin kena tambah wang, tidak ada jalan  lain kononnya untuk mengembalikan aset itu. Itulah yang dilalui oleh pelabur lain, kononnya. Jadi untuk Husin pun caranya sama. Sama ada Husin cari dan tambah setengah juta ringgit lagi, atau reda wang yang diserahkan dua minggu lalu itu hangus. "Mana saya nak cari? Awak bagi enam bulan atau enam tahun lagi pun saya sudah tidak boleh dapatkan duit setengah juta ringgit lagi, apa lagi tiga hari.
 
Mengapa awak buat begini? Awak betul-betul zalim," Husin menjerit. Hanya suara seraknya yang tinggal, wangnya yang beribu-ribu itu melayang bersama angin lalu. Saya hanya mampu mendengar cerita Husin ketika bertemu selepas  Subuh, berkongsi kesedihan dan memberi katakata semangat. Bantuan dari segi kewangan, saya tidak mampu.
 
Kalau mampu pun, menurut kawan-kawan Husin yang lain, keadaannya tidak dapat diselamatkan. "Ia macam tuang ke lubang yang tidak ada dasar," kata mereka. Mereka patut tahu sebab beberapa orang dalam kalangan kawan  mereka pun sudah menjadi mangsa, bahkan amaunnya dua tiga kali ganda daripada apa yang dilaburkan Husin.
 
Husin bukan rakan saya yang pertama yang saya tahu mengalami nasib malang seperti itu. Ramai lagi, termasuk Jo, peguam kanan, dari Kuala Lumpur, juga terperangkap dalam lingkaran yang mengelirukan lagi merugikan itu. Jo juga meminjam hampir setengah juta ringgit untuk melabur dalam saham lebih 25 tahun lalu.
 
Wangnya susut hingga  habis. Hingga hari ini dia terpaksa membayar setiap bulan pinjaman yang dia ambil itu. Husin dan Jo, saya percaya, adalah antara jutaan lagi mangsa penipuan melalui pelaburan, saham dan pertukaran asing, di merata pelosok  muka bumi ini. Mengapalah ada manusiamanusia yang wujud untuk menderitakan kehidupan insan lain?
 
Tapi itulah hakikat di dunia ini dan itulah masalah apabila kita percaya dan harapkan ganjaran besar jatuh ke riba secara  tibatiba, dengan mudah, secara cepat, tanpa usul periksa. Ada yang untung, ada yang rugi, ada yang bernasib baik dan berbahagia, ada yang malang dan menderita. Hari ini keadaan di keliling kita bagaikan bergerak cepat. Hari,  minggu, bulan dan tahun berjalan pantas sekali.
 
Ketika kita masih ingat apa yang kita lakukan di Rabu lalu, Rabu yang baru sudah tiba. Tahun 2012 yang kita rasa baru sahaja bermula, sudah sampai ke pertengahannya. Bayangkan  tahun 2020, tarikh keramat yang kita rasa jauh sangat satu masa dahulu, akan berdiri di depan kita hanya lapan tahun dari sekarang. Apakah tercapai visinya? Adakah matlamatnya boleh tercapai?
 
Masa terus berjalan. Tepat sekali  firman ALLAH: "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Surah Al-Ashr : 1-3)  
 
* Penulis adalah Kolumnis di Sinar Harian
Unknown , Khamis, Jun 14, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog