RIYADH : Bagi kebanyakan wanita Saudi, perkahwinan dikaitkan dengan cerita pari-pari yang tergambar dalam pemikiran mereka ketika zaman kanak-kanak, menjadi puteri untuk sehari, memakai pakaian cantik serta dihiasi dengan barang kemas dan kemudian dibawa pergi oleh putera yang kacak.
Tapi, bagi sebahagian mereka, tanggapan mengenai perkahwinan adalah tidak kurang daripada satu mimpi ngeri.
Kini, semakin ramai wanita negara itu memilih untuk berkahwin dengan kerjaya mereka daripada dengan seorang suami.
"Saya mengambil keputusan untuk tidak berkahwin dan memilih untuk bekerja kerana saya tidak bersetuju dengan cara ramai wanita dilayan oleh suami mereka," kata Rowia Howaish, 30, yang bekerja di sebuah hospital kerajaan di Jeddah.
Rowia berkata, dia pernah cuba untuk berkahwin beberapa tahun lalu tetapi membatalkan hasrat itu kerana sikap tunangnya.
"Sebelum kami bertunang dia sudah bercakap mengenai perlunya saya menyerahkankan gaji saya kepadanya dan berbincang untuk menggunakan kad kredit saya.
"Jelas dia hanya berminat terhadap wang saya dan mahu mengongkong saya. Ia amat menakutkan saya," katanya. Dia mengaku sikap itu mendorongnya mengambil keputusan menumpukan sepenuh perhatian kepada kariernya.
Bagaimanapun, bagi beberapa wanita, memilih untuk tidak menjalani kehidupan berumah tangga, puas hati dengan pekerjaan dan tidak ada kaitan dengan isu sosial sebagai alasan utama untuk tidak berkahwin.
"Saya mengambil keputusan untuk tidak berkahwin kerana saya sudah jatuh cinta dengan kerja saya." kata pegawai pemasaran, Samia Al-Ahmedi, 26.
"Kerana amat gembira dan berpuas hati dengan kedudukan saya di tempat kerja dan di rumah, saya tidak melihat alasan untuk berkahwin dan terikat," kata Samia.
Menurutnya, dia juga merasakan, menerusi kariernya, dia berpeluang untuk mengikis tanggapan stereotaip terhadap wanita Saudi. Samia juga berkata, matlamatnya kini ialah untuk menduduki jawatan lebih tinggi dalam kerjayanya.
"Saya berpendapat, perkahwinan akan menghalang cita-cita saya dan saya tidak akan berpuas hati jika terpaksa membahagikan masa antara kehidupan bekerja dan berkeluarga. Saya memilih untuk memberi tumpuan 100 peratus kepada satu aspek dalam kehidupan," katanya. - AN
Selasa, Mei 29, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Wanita Saudi 'kahwin' kerjaya silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "