/

Saintis Britain cipta organ gantian manusia

LONDON - Selepas ini, individu yang mengalami kerosakan organ dalaman atau kecacatan anggota akibat kemalangan tidak perlu lagi berputus asa untuk mengharap penderma yang sesuai.
 
Ini berikutan sepasukan penyelidik dari Britain dilaporkan sedang berusaha menghasilkan organ dalaman dan anggota badan manusia dengan menggunakan teknologi dalam makmal.
 
Ketua Jabatan Nanoteknologi dan Perubatan Regeneratif, University College London (UCL), Profesor Alexander Seifalian berkata, apa yang dilakukan oleh pasukannya merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.
 
"Ini adalah hidung yang kami hasilkan untuk seorang pesakit," katanya sambil menunjukkan piring petri yang mengandungi satu bahan.
 
Pasukan yang diketuai Seifalian menghasilkan organ dan anggota badan gantian menggunakan sel pesakit itu sendiri.
 
Menurutnya, ada juga pihak yang cuba menghasilkan organ dan anggota gantian menggunakan implan, namun ia didapati tidak kekal lama.
 
"Bentuk organ gantian yang mereka hasilkan akan berubah mengikut masa. Namun, apa yang kami lakukan berbeza dan ia kekal bertahan kerana dihasilkan daripada polimer," katanya.
 
Kelihatan seperti getah lateks nipis, polimer dihasilkan menggunakan berbilion molekul, yang berukuran hanya lebih satu nanometer atau 40,000 kali lebih kecil daripada lebar sehelai rambut manusia.
 
"Di dalam bahan yang halus ini terdapat beribu-ribu lubang di mana tisu akan membesar di dalamnya dan menjadi sebahagian daripadanya. Selepas beberapa lama, ia akan terbina dan menjadi seakan-akan hidung asal," katanya.
 
Jelas Seifalian, bagi memindahkan hidung tersebut pada pesakit, ia tidak akan terus dilekapkan pada bahagian muka, sebaliknya akan diletakkan di dalam belon yang dipasang di bawah lapisan kulit pada lengan.
 
Selepas empat minggu, kulit dan saluran darah akan terbina dan keadaan hidung itu akan dipantau sebelum ia boleh dipindahkan ke bahagian muka.
 
Menurut Seifalian, disebabkan organ yang dihasilkan dibina daripada sel pesakit itu sendiri, risiko penolakan secara teorinya hampir tiada.
 
Tambah beliau, UCL menghabiskan sebanyak £100,000 (RM398,600) bagi mendapatkan paten bagi teknologi yang dibangunkan di makmal itu. - Agensi
Unknown , Selasa, Mei 08, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog