Roket SpaceX Falcon 9 dilancar awal pagi waktu Florida dari Cape Canaveral.
CAPE CANAVERAL - Roket SpaceX Falcon 9, kapsul angkasa lepas swasta yang pertama berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa hari ini.
Roket yang membawa muatan makanan dan eksperimen sains berlepas pada 3.44 pagi waktu Florida (3.44 petang waktu Malaysia) untuk mengelakkkan sebarang gangguan seperti yang berlaku Sabtu lalu.
Menurut jurucakap syarikat berkenaan, ekspedisi yang sepatutnya dilakukan sebelum ini terpaksa dihentikan apabila dikesan terdapat tekanan tinggi dalam kebuk pembakaran enjin 5.
"Semasa pemeriksaan dilakukan, jurutera SpaceX mendapati injap sehala rosak pada enjin Merlin," kata jurucakap syarikat dalam satu kenyataan Isnin lalu.
"Injap yang gagal berfungsi diganti Sabtu lalu dan selepas analisis mendalam dibuat, kenderaan turut dibersihkan sebelum dilancarkan," katanya lagi.
Misi ini adalah bagi menentukan sama ada SpaceX mampu menghantar kargo ke stesen angkasa dan ini juga salah satu usaha syarikat swasta yang menerima dana daripada Nasa bagi mengangkut kargo ke orbit.
Nasa dan SpaceX cuba memandu ke stesen dan anak-anak kapal boleh mengambil makanan dan lain-lain barang melalui kapsul.
Ini merupakan salah satu cubaan daripada 12 penerbangan SpaceX yang akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
Misi sebelum ini ditangguhkan beberapa kali kerana masalah dalam perisian penerbangan SpaceX dan berharap pengalaman dengan penerbangan kargo ini mampu mencapai matlamat yang dikehendaki.
Roket swasta berlepas ke ISS
ROKET Falcon 9 berlepas dari sebuah pusat pelancaran di Cape Canaveral, Florida semalam.
CAPE CANAVERAL, Florida - Sebuah roket keluaran syarikat swasta berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) semalam.
Ia merupakan penerbangan komersial pertama yang dilancarkan oleh sebuah syarikat swasta ke ISS.
Roket itu dikenali sebagai Falcon 9 membawa kapsul Dragon berisi muatan makanan. Ia dilancarkan dari sebuah pusat pelancaran di sini pada pukul 3.44 pagi waktu tempatan.
Roket sepanjang 54 meter dan tanpa juruterbang itu akan berlabuh di ISS dalam tempoh beberapa hari lagi.
Pelancaran roket itu bertujuan untuk menunjukkan bahawa pihak swasta mampu memulihkan industri penerbangan angkasa lepas Amerika Syarikat ke ISS.
Sebelum ini Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah menghentikan operasi penerbangan ke angkasa lepas pada tahun lalu.
Roket itu sepatutnya dilancarkan pada Sabtu lalu. Namun, ia ditangguhkan ekoran masalah tekanan tinggi pada enjin roket tersebut.
Syarikat SpaceX yang mengeluarkan roket itu dimiliki oleh bilionair Elon Musk. Beliau juga merupakan pengasas bersama Paypal.
"Falcon terbang dengan sempurna," kata Musk di laman Twitter.
Syarikat itu mempunyai kontrak sebanyak AS$6.6 bilion (RM20.60 bilion) dengan NASA untuk misi menghantar bekalan ke ISS. - Agensi



Marjaki Rawo
,
Khamis, Mei 24, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
PENULIS
Marjaki Rawo
Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang
Roket pertama syarikat swasta dilancar silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "