2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Rakyat Malaysia individu kaya Australia

MELBOURNE, 27 Mei 2012 : Pengusaha lombong Sam Chong muncul sebagai bilionair kelahiran Malaysia pertama di Australia memasuki senarai 200 Orang Paling Kaya yang didedahkan majalah Business Review Weekly (BRW) minggu lalu.
Jumlah kekayaan Chong, 69, yang berasal dari Tanah Rata, Cameron Highlands, meningkat sebanyak A$50 juta (RM153.623 juta) tahun ini kepada A$950 juta (RM2.918 bilion).
 
Ia membolehkan bapa kepada seorang anak itu berada di kedudukan ke-27 dalam senarai.
 
Chong datang ke Australia pada 1973 untuk mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan perlombongan di University of New South Wales, Sydney.
 
BRW berkata, Chong menceburi pelbagai peranan dalam bidang perlombongan selepas tamat pengajian dan seterusnya menyandang jawatan penting dalam Queensland Coal Mine Management, kini dikenali sebagai Jellinbah Group, pada 1980-an.
 
Bilionair yang tinggal di Brisbane itu, turut memiliki portfolio meluas dalam bidang hartanah di Brisbane dan kawasan sekitarnya, termasuk sebuah pangsapuri bernilai A$70 juta (RM215 juta) dan projek pembangunan hotel di Kawasan Pusat Perniagaan (CBD) Brisbane, yang dijadualkan siap akhir tahun depan.
 
Sementara itu, seorang lagi anak Malaysia, pemaju hartanah Queensland, Maha Sinnathamby, 72, semakin hampir menyertai 'kelab bilionair' dengan jumlah kekayaan bernilai A$820 juta (RM2.519 bilion).
Greater Springfield kepunyaan beliau, merupakan bandar milik persendirian terbesar yang dibangunkan berdasarkan pelan induk di Australia.
 
Dua anak Malaysia yang termasuk dalam senarai orang paling kaya BRW tahun ini ialah David Teoh dan isterinya Vicky, kedua-duanya berusia 56 tahun, menambah jumlah kekayaan daripada A$484 juta (RM1.487 bilion) pada tahun lepas kepada A$525 juta (RM1.613 bilion) tahun ini.
 
Pasangan suami isteri itu merupakan pengasas TPG Telecom, penyedia perkhidmatan Internet di Australia. - BERNAMA
 
 
Unknown , Selasa, Mei 29, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog