2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 26 April 2025   
@ 28 Syawal 1446H / 10:51 AM

5Sabtu,Mei

Pneumokokal ancam kanak-kanak

Suntikan vaksin mampu mencegah jangkitan pneumokokal.

MESKIPUN kemajuan perubatan telah menyaksikan pelbagai penemuan vaksin tetapi rantau Asia masih ketinggalan dalam kempen pemvaksinan dalam program pelalian.
 
Akibatnya, ramai kanak-kanak tidak dilindungi daripada penyakit berbahaya.
 
Di Malaysia sendiri, kira-kira 70 hingga 80 peratus kanak-kanak tidak dilindungi daripada penyakit pneumokokal kerana vaksin itu disenaraikan sebagai tidak wajib dalam Program Pelalian Kebangsaan (NIP).
 
Kebanyakan daripada kanak-kanak yang mendapat vaksin untuk mencegah penyakit pneumokokal adalah dari sektor swasta.
 
Menurut pakar penyakit berjangkit kanak-kanak, Profesor Dr. Adriano Arguedas, selain Afrika, Asia turut menanggung beban penyakit pneumokokal paling besar di dunia ini.
 
Bagaimanapun katanya, hanya sebilangan kecil negara Asia menyedari kesan serius penyakit itu.
 
"Kerana kekurangan data yang dikumpulkan di rantau ini, kami tidak dapat menonjolkan kesan penyakit ini," ujarnya.
 
Katanya, kanak-kanak di 15 buah negara disenaraikan berisiko tinggi mati disebabkan oleh pneumonia.
 
Bangladesh, China, India dan Pakistan merupakan antara negara yang sentiasa berada di kedudukan yang teratas.
 
Menurutnya, rantau seperti Amerika Syarikat dan Eropah yang memasukkan vaksin pneumokokul ke dalam NIP mereka telah menunjukkan penurunan mendadak dalam bilangan kes dan penyakit.
 
"Tiada cara lain untuk menangani ancaman penyakit berjangkit ini kecuali dengan melakukan pemvaksinan yang sebelum ini telah memperlihatkan kejayaan dalam usaha menghapuskan polio, cacar dan rubela," katanya ketika memberikan ceramah mengenai vaksin di Kuala Lumpur baru-baru ini.
 
Malah katanya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan pelalian sebagai salah satu langkah pencegahan paling berjaya dan menjimatkan kos.
 
Ia dapat mencegah penyakit dengan vaksin seperti difteria, hepatitis A dan B, campak, polio, rotavirus dan tetanus.
 
WHO juga menyifatkan program pelalian atau pemvaksinan sebagai satu pelaburan penting bagi semua negara untuk melindungi rakyat mereka.
 
Di samping itu, manfaat daripada pelalian diperluas kepada remaja dan orang dewasa untuk memberikan perlindungan daripada penyakit seperti influenza, meningitis dan kanser.
 
Dr. Arguedas berkata, memasukkan pemvaksinan ke dalam NIP boleh mempercepatkan pencapaian wawasan Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020, dengan kadar kematian kanak-kanak setanding dengan negara maju, iaitu tujuh kematian setiap 1,000 kelahiran menurun kepada lima kematian setiap 1,000 kelahiran.
 
Secara tidak langsung ia akan mencapai matlamat untuk mengurangkan kadar kematian kanak-kanak.
 
Setakat ini, lebih 50 negara di seluruh dunia termasuk Singapura, Hong Kong dan Macau telah memasukkan vaksin pneumokokus ke dalam NIP mereka.
 
Pengarah Kanan Hal Ehwal Saintifik (vaksin), Prifizer, Profesor Heinz-josef Schmitt pula berkata, langkah perlu diambil untuk menyakinkan kerajaan bahawa penyakit pneumokokal tidak boleh dipandang ringan.
 
"Sebahagian daripada masalah adalah kesukaran untuk menyakinkan kerajaan supaya mengambil langkah pemvaksinan," katanya.
 
Tambahnya, penyakit itu sukar untuk didiagnosis.
 
Jadi, Menerusi kempen kesedaran ia boleh memberi dan dapat membantu mendidik serta meningkatkan kefahaman tentang gejala penyakit dan penyelesaian penyakit serius ini kepada orang ramai.
Unknown , Sabtu, Mei 05, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog