2+4 hrs...Twogether Fourever

Ahad : 27 April 2025   
@ 29 Syawal 1446H / 3:17 PM

29Selasa,Mei

Peristiwa besar bulan Rejab

        APABILA berada di bulan Rejab, kita perlu sentiasa merenungi peristiwa besar yang pernah berlaku ke atas nabi Muhammad s.a.w iaitu peristiwa Israk dan Mikraj iaitu bukti kekuasaan Allah mengurniakan mukjizat kepada Rasulullah.
 
Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa itu yang mungkin tidak mampu difikirkan oleh akal manusia secara logik.
 
Selain daripada ujian terhadap keimanan kita, ia juga bukti kehebatan Allah yang mampu melakukan apa saja dengan kehendak-Nya.
 
Allah berfirman yang bermaksud: "Maha suci Allah yang memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."(Surah al-Israak ayat 1).
 
Ternyata perjuangan dakwah yang dilakukan Nabi Muhammad s.a.w begitu getir sebelum mencapai kemenangan.
 
Antara ujian dan tekanan hebat yang pernah dilaluinya ialah bertambahnya penentangan terhadap dakwah Islam.
 
Selain itu, terdapat beberapa peristiwa penting lain yang berlaku di dalam bulan Rejab antaranya, pembebasan Al-Quds di Baitulmaqdis daripada golongan musuh Islam oleh Imam Salehuddin Al-Ayyubi, peperangan Tabuk yang Baginda sendiri menjadi panglima tentera serta berlakunya hijrah Rasulullah ke Habsyah bagi meluaskan dakwah Islamiah.
Ketika mengingati peristiwa Israk Mikraj, umat Islam perlu sentiasa berusaha dalam memerdekakan Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin daripada cengkaman yahudi.
 
Antara yang boleh dilakukan ialah memperteguhkan pendirian serta meniup semangat jihad memperjuangkan dan mempertahankan Islam dengan menjaga solat yang juga menjadi rukun Islam yang diterima Nabi Muhammad s.a.w ketika peristiwa Israk Mikraj.
 
Bulan Rejab ini juga boleh diibaratkan waktu untuk umat Islam menyemai benih, kemudian Syaaban membajai tanaman supaya terus subur sebelum tibanya Ramadan bagi menuai hasil yang diusahakan.
 
Mereka yang sentiasa melakukan latihan dan persiapan rapi pastinya merasai kelebihan dan nikmat ibadat apabila tibanya Ramadan berbanding mereka yang hanya menunggu Ramadan baru hendak melipatgandakan amalan.
 
Antara amalan sunat umum yang boleh dilakukan di bulan Rejab sebagai persediaan menanti Ramadan ialah berpuasa sunat Isnin dan Khamis, memperbanyakkan zikir, beristighfar, qiamullail serta bertadarus al-Quran.
 
Semua amalan sunat itu amat digalakkan supaya tubuh badan kita dapat bersedia menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadan.
 
Tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan Rasulullah s.a.w daripada hadis sahih. Amalan tertentu seperti puasa Rejab atau solat sunat Rejab adalah bersandarkan kepada hadis lemah.
 
Justeru, untuk melipatgandakan amalan tidak hanya pada bulan Rejab ini, tetapi boleh dilakukan pada bulan lain bagi menghadapi bulan paling mulia iaitu Ramadan yang di dalamnya terdapat 'lailatul qadar'.
 
Oleh Mohd Rizal Azman Rifin
rencana@hmetro.com.my
         
Cik NiNe Che Kadir , Selasa, Mei 29, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog