Tindakan ditakrif langgar undang-undang
WASHINGTON : Pertubuhan hak asasi antarabangsa, Amnesty International, mengkritik Amerika Syarikat (AS) kerana membunuh pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden dalam serangan di Pakistan, Mei tahun lalu selain menyifatkannya tindakan melanggar undang-undang.
"Pentadbiran Amerika mengakui operasi itu dilakukan atas sebab memerangi keganasan global antara Amerika dan al-Qaeda selain menyatakan ia tidak mengiktiraf undang-undang hak asasi manusia antarabangsa boleh dikuatkuasakan dalam kes berkenaan.
"Tanpa penjelasan lebih lanjut dalam perkara itu daripada pihak berkuasa Amerika, pembunuhan Osama boleh dianggap melanggar undang-undang," kata Amnesty dalam laporan tahunannya.
Amnesty menyatakan, Amerika juga membisu terhadap permintaan mendapatkan penjelasan mengenai serangan pesawat kawalan jauh yang membunuh ulama radikal kelahiran Amerika, Anwar al-Awlaki dan Samir Khan, anggota al-Qaeda di Yaman, selain dua orang lain, September lalu.
"Pembunuhan itu satu bentuk hukuman dilakukan meskipun tiada keputusan kehakiman," kata pertubuhan itu lagi.
Amnesty juga membidas pencabulan hak asasi manusia pentadbiran bekas Presiden George W Bush selain mengutuk kebebasan pegawai tentera melakukan apa saja.
Ia juga mengkritik Kanada kerana tidak menahan Bush ketika bekas Presiden Amerika itu melakukan kunjungan Oktober lalu sekalipun ada banyak bukti beliau bertanggungjawab atas jenayah undang-undang antarabangsa termasuk penderaan, merujuk kepada penahanan individu di sebuah negara untuk dihantar ke negara lain tanpa mengikut proses undang-undang termasuk tidak diwakili peguam.
Pada Jun tahun lalu, Peguam Negara, Eric Holder melancarkan siasatan jenayah terhadap dua kematian tahanan di bawah jagaan Agensi Perisikan Pusat (CIA).
Tetapi, CIA kemudian menamatkan siasatan terhadap banyak lagi kes penderaan askar Amerika. Amnesty juga kesal kegagalan Presiden Barack Obama menutup Guantanamo, dua tahun selepas memberi tarikh akhir penutupannya.
"171 lelaki masih lagi ditahan di situ termasuk empat didapati bersalah oleh suruhanjaya tentera," kata pertubuhan itu lagi. Angka rasmi ialah 169.
Laporan itu juga tidak bersetuju dengan layanan terhadap lima suspek dalang serangan 11 September 2001 yang tidak diberi peluang bersuara selama empat tahun sebelum dihantar ke Guantanamo. – AFP
Sabtu, Mei 26, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Pembunuhan Osama jenayah: Amnesty silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "