KUALA LUMPUR, 23 Mei 2012 - Laporan terkini menyebut sekalipun lemas menjadi pembunuh utama kanak-kanak di Asia, program yang sangat berkesan dan menepati kos bagi mengurangkan kejadian mati lemas tidak dilaksana dengan sempurna.
Kajian yang dilakukan Alliance for Safe Children (TASC) dengan kerjasama Pejabat Penyelidikan UUNICEF, meneliti empat negara iaitu Bangladesh, Kemboja, Vietnam dan Thailand, serta dua wilayah di China iaitu Beijing dan Jiangxi.
Kajian mendapati di negara terbabit, satu daripada empat kematian kanak-kanak (berusia 1 hingga 4 tahun) disebabkan mati lemas lebih tinggi daripada himpunan kes kematian akibat campak, polio, batuk kokol, tetanus, difteria dan batuk kering.
Laporan juga menyebut kos mencegah kejadian mati lemas pada kalangan kanak-kanak juga tidaklah lebih mahal daripada kos mengawal penyakit berkenaan.
"Sudah sekian lama mati lemas menjadi pembunuh tersembunyi," kata Gordon Alexander, Pengarah Pejabat Penyelidikan UNICEF dalam kenyataan.
"Sejak lebih tiga dekad lalu, banyak negara mencapai kemajuan yang memberangsangkan dan berterusan dalam mengurangkan penyakit berjangkit. Bagaimanapun, tiada impak dicatatkan dalam kes mati lemas.
"Akibatnya mati lemas muncul sebagai penyebab utama kematian kanak-kanak selepas peringkat bayi (usia setahun) di negara yang dikaji bagi laporan ini. Namun mati lemas tidak berada dalam radar politik," kata Alexander.
Kenyataan itu yang tidak menyatakan bilangan kes, juga menyatakan majoriti kematian akibat lemas boleh dicegah. Kejadian lazim berlaku dalam jarak 20 meter dari rumah dan membabitkan kanak-kanak yang tidak diawasi merayau dan terjatuh ke dalam tali air berdekatan.
Laporan juga mengetengahkan bukti baru dalam program pencegahan yang dilaksana di Bangladesh, menunjukkan kadar mati lemas pada kalangan kanak-kanak yang menghadiri pusat asuhan di kampung dikurangkan lebih 80 peratus susulan pengawasan yang mencukupi.
Laporan juga menyebut kadar kematian kanak-kanak berusia empat tahun dan ke atas yang menyertai SwimSafe (program latihan berenang dan menyelamat) dikurangkan lebih 90 peratus. - Bernama
Unknown
,
Khamis, Mei 24, 2012
|
2
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Halaman Utama
»
Am
»
Lemas Punca Utama Kematian Kanak-kanak Di Asia - Unicef
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
kena buat program kesedaran dan keselamatan khususnya untuk ibu bapa tentang bahayanya sungai atau tali air
BalasPadamOk buat program, tapi kena paksa kehadiran, sebab mentaliti rakyat malaysia ni tak makan jemput-jemput ni....
Padam