GOTHENBURG, Sweden - Lelaki berusia awal 20-an yang aktif bermain bola sepak, bola tampar, bola keranjang atau sebarang jenis sukan beban tinggi mampu mengelak daripada penyakit osteoporosis atau reput tulang, menurut satu kajian terkini.
Penyelidik kanan kajian tersebut, Dr. Mattias Lorentzon dari Universiti Gothenberg, di sini berkata, aktiviti beban tinggi bukan hanya membantu dalam pembinaan tulang, malah turut menjadikan tulang lebih besar berbanding mereka yang tidak berbuat apa-apa pada usia yang sama.
Menurut beliau, tulang besar yang padat dikatakan memberi lebih perlindungan menentang osteoporosis, satu penyakit yang menyerang lelaki dan wanita di mana tulang menjadi poros dan lemah sejajar pertambahan usia terutama ketika mencecah usia separuh abad.
"Osteoporosis sebenarnya bermula ketika usia 25 tahun apabila tulang mula hilang tisunya. Kajian ini memberi mesej jelas bahawa semakin banyak anda bergerak, semakin banyak tulang dihasilkan," katanya.
Menurutnya sukan yang melibatkan pemainnya melompat, bermula dengan pantas dan kemudian berhenti berupaya meningkatkan beban kepada tulang, sekali gus memberi perlindungan secara semula jadi.
Dr. Lorentzon dan pasukannya mendapati, bola keranjang dan bola tampar adalah permainan yang paling berkesan untuk membina kepadatan tulang, diikuti bola sepak dan tenis.
Osteoporosis menyerang lebih 200 juta penduduk dunia dan ia biasa menyerang wanita, namun lelaki tidak terkecuali, terutama apabila usia mereka melebihi 65 tahun.
Kajian tersebut dijalankan di kalangan 833 lelaki berusia 18 hingga 20 tahun dengan mengukur kepadatan tulang dan lain-lain maklumat seperti tabiat senaman.
Lima tahun kemudian, responden dipanggil semula bagi mengimbas kepadatan tulang dan aktiviti yang dilakukan.
Penyelidik mendapati, lelaki yang terlibat dengan sukan beban tinggi selama empat jam setiap minggu atau lebih, menunjukkan peningkatan kepadatan tulang pinggul sebanyak 1.3 peratus.
Sebaliknya, lelaki yang tidak melakukan sebarang sukan kehilangan 2.1 peratus kepadatan tulang pinggul, mendedahkan mereka kepada risiko tulang rapuh. - Agensi
Rabu, Mei 09, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Lelaki aktif sukan elak osteoporosis silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "