KUALA LUMPUR, 28 Mei 2012 - Polis Isnin menolak tanggapan bahawa kes penculikan di negara ini semakin meningkat tetapi sebenarnya trend menurun disebabkan usaha berkesan bagi mengesan dan melumpuhkan sindiket penculikan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin ketika memperjelaskan pencapaian itu berkata polis telah berjaya menyelesaikan 59 daripada 80 kes penculikan antara 2010 sehinga 15 Mei lalu manakala baki 21 kes masih dalam siasatan.
Beliau dalam kenyataan isnin berkata 61 mangsa telah selamat dikembalikan ke pangkuan keluarga masing-masing sama ada selepas wang tebusan dibayar atau hasil intervensi polis.
Mohd Bakri mengeluarkan kenyataan tersebut bagi mengulas surat seorang pembaca bertajuk 'What about the fate of Mohamad Afis' (Bagaimana pula nasib Mohamad Afis) yang disiarkan dalam sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris pada 21 Mei lalu.
Beliau berkata surat itu mengandungi bebeberapa ketidaktepatan yang boleh mendorong pembaca untuk membuat kesimpulan bahawa kes penculikan semakin meningkat dan pelajar sekolah antarabangsa menjadi sasaran penculik.
Katanya, hanya satu kes pelajar sekolah antarabangsa diculik dilaporkan dan oleh itu ia adalah tidak tepat bagi penulis menyatakan bahawa ia menjadi trend bagi penculik mensasarkan mangsa di sekolah antarabangsa.
Mengenai kes Mohamad Afis Mohammad Jaafar yang dibangkitkan oleh penulis itu, Mohd Bakri berkata, siasatan mendapati budak berusia 14 tahun itu meninggalkan rumahnya atas kerelaannya sendiri dan bukan menjadi mangsa jenayah.
Mohamad Afis, yang dilaporkan hilang pada 16 Mei lalu di Kampung Tok Pasai, Kuala Kedah di Kedah, sudah pulang ke rumahnya.
Mohd Bakri menegaskan bahawa polis tidak memilih ketika menyiasat kes culik untuk tebusan dan akan memberi kepentingan sama tanpa mengira status mangsa - Bernama
Rabu, Mei 30, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Kes Penculikan Turun Disebabkan Usaha Berkesan Polis - Mohd Bakri silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "