GAMBAR NASA menunjukkan kapal angkasa Dragon (dalam bulatan) berada 350 meter dari ISS untuk misi berlabuh di stesen angkasa lepas itu semalam.
WASHINGTON, Amerika Syarikat - Syarikat AS, SpaceX bersedia untuk melabuhkan kapal angkasa komersial, Dragon di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) semalam.
Pelancaran Dragon merupakan percubaan pertama daripada sebuah syarikat swasta untuk berlabuh di ISS, stesen yang dibina pada kos AS$100 bilion (RM312 bilion).
Sebelum ini hanya Rusia, Jepun dan Eropah sahaja yang mampu membawa bekalan ke ISS.
AS kehilangan kapasiti itu selepas misi kapal angkasa Space Shuttle ditamatkan tahun ini.
Angkasawan ISS merancang untuk membantu menarik kapal angkasa itu dengan lengan robot stesen untuk misi berlabuh di ISS.
Sekiranya Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memberi lampu hijau, ia dijangka bermula pada pukul 9 pagi waktu tempatan dan cubaan untuk bercantum bermula sekitar pukul 12.30 tengahari semalam.
"Ia merupakan misi percubaan. Namun, kami sangat optimis,"kata pengarah misi SpaceX, John Couluris.
Mengikut laporan NASA dan SpaceX, penerbangan demonstrasi berjalan lancar sejak kapsul itu dilancarkan dengan menggunakan roket Falcon 9 dari Cape Canaveral di Florida pada Selasa lalu.
Pelancaran kapsul angkasa Dragon ke ruang orbit merupakan yang pertama dilakukan oleh sebuah syarikat swasta yang disifatkan sebagai era baharu oleh White House dan SpaceX. - AFP
Marjaki Rawo
,
Selasa, Mei 29, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
PENULIS
Marjaki Rawo
Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang
Kapsul swasta bersedia berlabuh di ISS silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "