2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 26 April 2025   
@ 28 Syawal 1446H / 12:08 PM

11Jumaat,Mei

Diabetes mellitus punca sakit ginjal

PENJAGAAN makanan dari awal merupakan langkah yang terbaik terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai diabetes.




Diabetes adalah sakit kronik yang terjadi apabila badan tidak dapat menghasilkan atau menggunakan insulin dengan betul, hormon yang diperlukan untuk memproses gula, kanji dan makanan lain kepada tenaga yang diperlukan untuk aktiviti seharian.

Punca penyakit ini masih menjadi misteri walaupun genetik dan persekitaran dikatakan memainkan peranan dan tiada penawar untuk menyembuhkannya.

Mungkin ramai yang tidak tahu diabetes antara sebab utama kegagalan buah pinggang atau ginjal di Malaysia dengan kira-kira 52 peratus berada tahap akhir disebabkan olehnya.

Setiap tahun, 4,000 hingga 5,000 pesakit baru disahkan menghidap penyakit buah pinggang peringkat akhir yang memerlukan mereka melakukan dialisis atau pemindahan buah pinggang.


Pakar Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara Selangor, Dr. Soehardy Zainudin berkata, bagi mereka yang tidak menghidap diabetes, buah pinggang mampu memproses albumin iaitu protein.

"Namun, bagi pesakit diabetes, antara kesan awal pada buah pinggang adalah penghasilan kuantiti kecil protein dalam urin yang dipanggil microalbuminuria.

"Ia sukar untuk dikesan bagi tempoh lima tahun pertama malah pesakit akan mendapati semuanya normal walaupun melakukan ujian darah.

"Apabila memasuki tahun kelapan hingga ke-10, pesakit akan mendapati urin mereka berbuih banyak dan bila jumlahnya semakin bertambah, ia tanda awal penyakit buah pinggang," katanya.

Antara simptom lain rasa letih, selera makan berkurangan, ruam dan gatal-gatal di kulit, muntah-muntah, kencing semakin kurang dan kaki mulai bengkak.

Komplikasi akibat penyakit ini apabila ia mencapai peringkat akhir iaitu pesakit susah bernafas, paru-paru berair, pengumpulan toksik di dalam badan, senang terkena serangan jantung dan akhirnya buah pinggang rosak yang menyebabkan pesakit melakukan dialisis.

Jika ada antara ahli keluarga anda mempunyai sejarah diabetes, selalulah melakukan pemeriksaan kesihatan dengan memeriksa paras gula dan kolestrol di dalam badan serta melakukan ujian urin khas untuk buah pinggang iaitu ujian mengesan albumin.

"Apabila ke klinik atau hospital, minta doktor melakukan ujian air kencing untuk memeriksa kandungan albumin di dalamnya kerana ada sesetengah pemeriksaan kesihatan hanya melakukan ujian urin yang biasa," katanya.

Pengawalan makanan juga perlu diterapkan dari peringkat awal dan dapatkan khidmat pakar diet untuk senarai makanan yang sesuai bagi pesakit diabetes agar dapat mengawal tahap gula di dalam badan.

Pesakit diabetes juga perlu mengawal tekanan darahnya, mengawal berat badan dan melakukan senaman sebanyak tiga hingga lima kali seminggu iaitu sekurang-kurangnya 15 minit bagi setiap sesi.

"Mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti berhenti merokok dan mengawal pengambilan gula perlu diterapkan terutamanya kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap diabetes," ujarnya.

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my
Unknown , Jumaat, Mei 11, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog