DENGAN proses urbanisasi, perkembangan teknologi yang pesat dan gaya hidup semakin sedentari, aktiviti fizikal atau senaman di luar menjadi semakin berkurangan dalam kehidupan kita. Kita mesti sedar bahawa aktiviti fizikal memainkan peranan penting dalam kesihatan dan kesejahteraan kita termasuk anak-anak.
Secara keseluruhannya, bersenam memberi manfaat besar dari segi fizikal, psikologi, sosial dan kesihatan kepada semua orang. Justeru, melakukan aktiviti fizikal secara kerap sangat penting untuk gaya hidup sihat.
"Jika anda tidak pasti bagaimana untuk menjadi aktif, mula dengan perlahan. Meningkatkan tahap aktiviti secara beransur-ansur penting supaya anda tidak terdedah kepada risiko kecederaan pada otot, ligamen dan sendi ataupun serangan jantung, apabila anda menjadi lebih aktif daripada biasa secara tiba-tiba", nasihat Dr. Mahenderan Appukutty, Ahli Majlis Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM).
"Jika anda atau ahli keluarga mengalami masalah kesihatan kronik seperti artritis, diabetes, penyakit jantung, asma, atau gout, dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui sama ada keadaan anda akan mengehadkan keupayaan anda untuk aktif. Kemudian, bincang dengan doktor atau pelatih fizikal yang diiktiraf tentang rancangan aktiviti fizikal yang sesuai. Apa yang penting jangan menjadi tidak aktif langsung. Melakukan senaman aerobik berintensiti sederhana baik untuk kesihatan, walaupun hanya 30 minit seminggu", tambah Dr Tee E Siong, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM).
Manfaat Aktiviti Fizikal
Dr Tee berkongsi beberapa lagi manfaat aktiviti fizikal. Bersenam dan aktiviti fizikal membantu pencegahan osteoporosis dan penyakit kronik seperti diabetes, penyakit kardiovaskular, sindrom metabolik dan kanser-kanser tertentu.
- Bersenam dan aktiviti fizikal juga memainkan peranan penting dalam memperbaiki status kesihatan, meningkatkan kecergasan serta membantu mengawal dan melawan penyakit.
- Mereka yang dilaporkan mempunyai tahap aktiviti fizikal dan kecergasan tinggi mengalami pengurangan risiko kematian sebanyak 20 hingga 35 peratus.
- Peningkatan dalam kecergasan fizikal mengurangkan risiko kematian pramatang dan sebaliknya, kurang kecergasan akan meningkatkannya.
Mereka yang aktif menunjukkan 30 hingga 40 peratus pengurangan risiko menghidapi kanser kolon, manakala wanita aktif mengalami 20 hingga 30 peratus pengurangan risiko menghidapi kanser payu dara berbanding wanita yang tidak aktif.
Berikut merupakan panduan untuk membantu anda dan keluarga mengamalkan gaya hidup yang aktif.
- Pilih menaiki tangga berbanding lif atau eskalator di pejabat, pusat membeli-belah dan sebagainya.
- Pilih berjalan ke kedai, surau atau tempat sembahyang yang berdekatan, daripada memandu kereta.
- Lakukan kerja-kerja rumah, seperti menyapu dan mengelap lantai.
- Jika boleh, berjalan kaki ke tempat destinasi anda.
- Melakukan aktiviti berkebun, seperti menyusun pasu bunga atau menjaga dan menyiram tanaman anda.
Sabtu, Mei 19, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Bersenam untuk sihat silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "