2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Bekas buluh dilelong RM1.8j

Bekas buluh dari China ini dilelong pada harga RM1.8 juta kerana nilai sejarahnya walaupun mengalami sedikit kerosakan.

 
LONDON, 28 Mei 2012 - Sebuah bekas kecil yang sudah rosak dan didermakan kepada sebuah kedai kebajikan mengejutkan dunia seni halus apabila ia dijual pada harga mencecah 360,000 pound (RM1.8 juta).
 
Bekas yang digunakan untuk meletakkan berus buluh China itu dibawa ke kedai tersebut dalam beg bersama bahan-bahan terbuang lain, namun seorang daripada pekerja kedai berasa tertarik kerana berpendapat ia mungkin mempunyai nilai sejarah.
 
Ia kemudian ditunjukkan kepada John Axford, dari firma lelongan Woolley and Wallis, Salisbury, yang merupakan seorang pakar mengenai objek dari China.
 
Menurut Axford, bekas itu mungkin dihasilkan antara tahun 1662 hingga 1722 oleh seorang artis China terkenal ketika itu, Gu Jue.
 
"Walaupun bekas buluh itu sudah merekah dan dasar serta gelungannya sudah diperbaiki dengan tampalan gam, ia tetap laris di kalangan peminat berbangsa Cina kerana mempunyai nilai tersendiri," katanya.
 
Bekas dengan ukuran 16.2 sentimeter tinggi dan diameter 14.5 sentimeter itu diukir teliti dengan lukisan unik termasuk menggambarkan ahli falsafah China, Laozi dengan lembunya.
 
Ahli falsafah agung itu duduk bersama 12 watak dalam pelbagai peranan berbeza di bawah pohon pain dan di tepi sungai yang mengalir dengan landskap pergunungan yang cukup menarik.
 
Ia kemungkinan menggambarkan sebuah puisi lama yang terkenal bertajuk, Kehidupan Menyenangkan di Tanah Unggul.
 
Menurut Axford lagi, bekas tersebut masih boleh diperbaiki, namun hanya dua atau tiga individu sahaja yang mampu melakukannya. - Agensi
 
Marjaki Rawo , Rabu, Mei 30, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog