2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 6:55 AM

15Selasa,Mei

Bahaya duduk lama

SYDNEY - Bagi mendapatkan kesihatan yang optimum, satu kajian terkini mencadangkan supaya anda perlu berdiri lebih lama!

Ini berikutan kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik Australia itu mendapati, individu yang menghabiskan masa selama 11 jam atau lebih untuk duduk setiap hari memiliki 40 peratus risiko meninggal dunia lebih awal, tidak kira betapa aktifnya mereka sebelum ini.

Kajian yang dilakukan dengan mengumpul data daripada 222,000 responden berusia 45 tahun ke atas itu juga mendapati, mereka yang duduk antara lapan jam dan 11 jam setiap hari juga meningkatkan risiko kematian sehingga 15 peratus.

"Kebanyakan bukti sebelum ini lebih kepada risiko kesihatan akibat menonton televisyen terlalu lama," kata Penyelidik Kanan Universiti Sydney, Hidde van der Ploeg.

Beliau berkata, secara purata individu dewasa menghabiskan 90 peratus waktu lapang mereka dengan duduk dan kurang daripada separuh memenuhi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya melakukan aktiviti fizikal sederhana selama sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu.

Sebanyak 62 peratus responden berkata, mereka mengalami obesiti, sementara hampir 87 peratus lagi berkata, kesihatan mereka berada di tahap optimum, manakala 25 peratus lagi berkata, menghabiskan sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk duduk.

Kata van der Ploeg, responden tidak aktif yang duduk dengan banyak menggandakan risiko kematian awal dalam tempoh tiga tahun berbanding mereka yang kurang duduk.

Sementara itu, Pengarah Penyakit Jantung dan Wanita Hospital Lenox Hill di New York, Amerika Syarikat, Dr. Suzanne Steinbaum berkata, disebabkan kebanyakan individu duduk dalam tempoh yang panjang ketika bekerja, mereka patut melakukan aktiviti seperti meregang, berjalan atau berdiri sekali-sekala.

"Mungkin anda tiada pilihan ketika waktu kerja. Namun, apabila pulang ke rumah, pastikan anda tidak terus duduk menghadap televisyen atau komputer.

"Selepas lapan jam duduk, risiko kesihatan semakin meningkat. Banyakkan bergerak ketika masa lapang," katanya. - Agensi
Cik NiNe Che Kadir , Selasa, Mei 15, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog