2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Apa kata pakar tentang diet detoks?

Ramai wanita cenderung cuba mengurangkan berat badan dengan pelbagai cara. Tetapi wajarkah ia diteruskan?
 
Sebahagian wanita memilih untuk sekadar meminum jus selama beberapa hari atau menggunakan teh herba yang membuat mereka kerap membuang air besar. Namun, adakah diet detoks seperti ini berkesan dan apa pula kekurangannya? Kaedah apa pula yang tidak membahayakan kesihatan?
 
Berikut dipaparkan pendapat pakar.

 
Program detoks 21 hari

        Pelakon Hollywood, Gwyneth Paltrow, pernah mengamalkan, Clean Detox Program, iaitu program tiga minggu di mana beliau sekadar minum jus segar dan makan makanan ringan. Pengikut diet ini mendakwa tubuh berasa lebih bersih dan ringan.
 
        Pakar :: Langkah menghadkan jumlah kalori sebegini disifatkan terlalu ekstrem dan agak sukar untuk sebahagian orang, ujar doktor bedah plastik dari New York yang juga khusus dalam bidang senaman fisiologi, Dr Thomas Sterry. Beliau menyarankan agar anda mengubah dahulu beberapa amalan kurang sihat. Contohnya, kurangkan minuman bersoda.
 
        "Tidak diragukan apa yang anda masukkan ke dalam tubuh bakal meninggalkan jejak pada penampilan fizik anda. Saya sendiri frust dengan pesakit yang tak tahu mengapa kebiasaan mereka meminum soda itu membuat kulit mereka kusam dan diri kekurangan tenaga," ujarnya.
 
Ubat herba pencuci perut

        Anda pasti ketahui teh herba mampu mencuci perut atau detoks. Teh daripada daun tumbuhan sena itu mendakwa ia adalah cara semula jadi untuk membersihkan usus.
 
        Pakar :: Sebaik-baiknya jauhi produk dengan kandungan sena di dalamnya. Menurut Dr Sterry dan pakar lain, penggunaan sena secara sembarangan berbahaya.
 
        "Ekoran kesan sampingannya yang serius seperti mual, cirit-birit dan kekejangan, saya tidak menyarankan ubat pencuci perut sena," tegas Dr Sterry.
 
        Menurutnya tiada ilmu yang menyokong manfaat membersihkan usus sebegitu. Sebaliknya, terdapat bakteria penting di dalam perut yang boleh membersihkan perut secara semula jadi.
 
Jus sepanjang hari

        Anda hanya meminum jus segar sepanjang hari. Ia ditambah dengan dua snek dan satu hidangan sayur-sayuran, selama tiga hari.
 
        Pakar :: Snek yang dimuatkan di dalamnya menjadikan program ini lebih baik daripada sekadar meminum jus. Pakar pemakanan dan peolatih kecergasan dari Bandar New York yang juga penulis buku, The Slow Burn Fitness Revolution, Fred Hahn, berkata, anda mungkin bakal kehilangan lemak dan ia sesuatu yang baik.
 
        "Sel-sel lemak mengandungi racun seperti pestisid dan semakin banyak lemak yang dibuang, semakin sedikit racun yang disimpan di dalam tubuh," jelasnya.
 
        Namun, jika mengikuti program ini, anda tetap perlu berhati-hati kerana pembatasan kalori dalam jangka panjang boleh menyebabkan anda kehilangan jaringan otot.
 
Konsep Quantum Wellness

        Dalam bukunya, Quantum Wellness, penulis Kathy Freston, mempromosikan konsep program pembersihan 21 hari sebagai cara ke arah kesejahteraan fizik dan mental. Program itu menuntut anda menyingkirkan gula, kafein, produk haiwan dan sebagainya, sepanjang tempoh tiga minggu.
 
        Pakar :: Menurut Dr Sterry, anda boleh saja menerapkan konsep itu, namun sebaiknya pertahankanlah pola makan lebih sihat selepas 21 hari.
 
        "Daripada hanya membatasinya selama 21 hari saja, lebih baik menjadikan ia gaya hidup anda,"  katanya.
 
        Namun kunci kejayaan adalah dengan makan secara sederhana.
Unknown , Khamis, Mei 24, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog