PARIS - Sejenis alat ringkas dan murah yang digunakan bagi memantau paras oksigen dalam darah boleh menyelamatkan nyawa bayi baru lahir yang mengalami masalah jantung kongenital, menurut kajian yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet, hari ini.
Berdasarkan perangkaan, masalah jantung kongenital mengundang kematian antara tiga hingga tujuh peratus di kalangan bayi baru lahir, namun ia mampu dirawat melalui pembedahan, terutamanya jika masalah tersebut dikesan pada peringkat awal.
Kajian sekumpulan pakar yang diketuai Dr. Shakila Thangaratinam dari Universiti Queen Mary, London itu memeriksa oksimetri nadi dengan meletakkan alat pemantau kecil pada hujung jari tangan atau jari kaki bagi memeriksa paras oksigen dalam hemoglobin arteri.
Ia berfungsi dengan cara membandingkan perbezaan cahaya merah yang diserap oleh darah beroksigen dan cahaya inframerah yang diserap oleh darah terdeoksigen.
Paparan digital alat tersebut serta-merta memberi bacaan mengenai paras oksigen dalam darah.
Menurut kajian itu, oksimetri nadi didapati mengesan 76.6 peratus masalah jantung kongenital dan mempunyai kadar hanya 0.14 peratus 'positif palsu', iaitu terma yang membawa maksud alat tersebut tersalah memberi tafsiran.
Risiko 'positif palsu' juga didapati rendah apabila bayi diuji lebih sehari selepas dilahirkan, lebih baik berbanding dalam tempoh 24 jam pertama.
Penyelidik berkata, oksimetri nadi sangat berguna sebagai ujian amaran awal bukan invasif untuk bayi yang tidak mempunyai simptom ketara masalah kardiak.
Bagi pengesahan lanjut bayi baru lahir yang berisiko menghidap masalah jantung, satu pemeriksaan menggunakan peralatan ekokardiografi akan digunakan dan seterusnya dirawat melalui pembedahan.
Penggunaan oksimetri nadi menjadi isu kerana ada pihak yang meragui keberkesanannya dan setakat ini Amerika Syarikat satu-satunya negara yang menggunakannya secara rutin. - AFP
Selasa, Mei 15, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Alat murah pantau oksigen bayi silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "