2+4 hrs...Twogether Fourever

/

ADUSS!! Baik untuk Mak Cik Felda nih...

Cerita untuk direnungkan para peneroka
 
        DI SEBUAH kampung, Allah kurniakan tanah yang amat subur kepada penduduknya. Segala yang ditanam akan menghasilkan buah dan pulangan.
 
Walaupun tanah itu tidaklah besar, tapi hasil pertaniannya cukup untuk menyara sebuah kampung malah ada lebihan.
 
Pada satu hari, datang seorang ahli perniagaan kaya, yang berkata kepada penduduk, ada pelan untuk durian runtuh, dapat duit dengan cepat.
Pelannya begini:
 
Penduduk cagarkan tanah yang subur itu kepada peniaga - dengan 2 syarat:
 
1. Peniaga akan bayar balik sejumlah wang dan
 
2. "batu istimewa" akan dijualkan kepada pengguna - "batu istimewa" ini dijamin peniaga akan meningkat nilai pasarannya buat selama-lamanya.
 
Penduduk kena membeli "batu istimewa" ini yang diuar-uarkan sebagai telur emas, dengan pinjaman atau duit sendiri.
 
Asalkan penduduk tidak menjual "batu istimewa" tersebut, "batu istimewa" tersebut akan menghasilkan wang tunai, sekiranya peniaga untung besar.
 
Di sebalik itu, yang tidak diketahui penduduk kampung tersebut ialah - peniaga yang mencagarkan tanah tersebut mendapat RM50. Yang diberi balik pada peneroka hanyalah RM15, bersama satu "batu istimewa" yang dijamin dapat membawa pulangan lumayan.
 
Ada pihak B yang kenali sikap peniaga ini cuba menasihati penduduk kampung ini, tapi penduduk kampung hanya nampak kebesaran RM15.
 
Pihak B memberitahu penduduk - faham maksud cagaran. Peniaga kaya itu memberitahu tanah itu masih milik penduduk kampung - betul kata pihak B, sekiranya tiada masalah berlaku.
 
Sekiranya apa-apa berlaku kepada peniaga kaya tersebut, tanah itu akan hilang daripada penduduk kampung, kerana ia hak milik orang lain, pihak yang membayar peniaga kaya untuk tanah itu.
 
Penduduk kampung yang tertarik dengan tawaran tersebut, disuruh menandatangani satu perjanjian secara cepat - di mana perjanjian tersebut tertulis "jika berlaku kerugian, penduduk kena tanggung semua, dan tak boleh saman peniaga."
 
Penduduk teruja dengan tawaran tersebut kerana tanah yang Allah kurniakan hanya dapat menghasilkan RM2 sebulan.
 
Kini, peniaga beri RM15 sekali gus, 7 bulan hasil. Tapi mereka lupa, RM15 ini sekali sahaja, RM2 yang dijana adalah berterusan sampai bila-bila sehingga generasi kedua atau ketiga.
 
Bukan main seronok penduduk berterima kasih kepada peniaga ketika menerima RM15. Tapi keperitan datang selepas setahun, dua apabila "batu istimewa" yang dijanjikan tidak mendatangkan hasil, tanah yang dicagarkan peniaga bukan lagi milik sendiri.
 
Peniaga berkata perjanjian dah kata dengan jelas, kerugian perlu ditanggung sepenuhnya oleh penduduk kampung dan anda tak boleh saman.
 
Menangislah penduduk, menyuruh orang pihak B menyelamatkannya. Nak selamat macam mana?
 
Ini sekadar cerita luahan untuk renungan bersama.
 
Oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat
Muhammad Ttuyup , Sabtu, Mei 19, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog