NEW YORK : Kira-kira 2.4 juta orang di seluruh dunia menjadi mangsa kegiatan pemerdagangan manusia pada satu-satu masa dan 80 peratus daripada mereka dieksploitasi sebagai hamba seks, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.
Ketua Jabatan PBB mengenai Dadah dan Jenayah, Yuri Fedotov berkata, 17 peratus daripada mangsa dijual untuk menjadi buruh paksa termasuk di rumah dan 'di kilang-kilang perah keringat'.
Beliau memberitahu mesyuarat Perhimpunan Agung PBB mengenai pemerdagangan manusia, AS$32 bilion (RM99.2 bilion) dikaut setiap tahun oleh penjenayah tidak berperikemanusiaan yang menjalankan rangkaian pemerdagangan manusia, dan dua daripada tiga mangsa mereka adalah wanita.
"Memerangi penjenayah itu menjadi cabaran yang luar biasa hebatnya.
"Pada satu-satu masa, 2.4 juta orang menderita akibat jenayah yang memalukan dan menjatuhkan maruah mereka," kata Fedotov.
Menurut jabatan yang berpangkalan di Vienna itu, hanya seorang daripada 100 mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan.
Fedotov menggesa tindak balas yang bersepadu di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa supaya 'penguatkuasaan undang-undang yang progresif dan proaktif' dijalankan serentak dengan tindakan untuk memerangi 'faktor-faktor pasaran yang mendorong pemerdagangan manusia di banyak negara destinasi'.
Ketua agensi baru PBB, UN Women yang memperjuangkan hak-hak wanita dan kesamarataan jantina, Michelle Bachelet berkata, adalah sukar untuk membayangkan jenayah yang lebih terkutuk dan lebih dahsyat daripada pemerdagangan manusia, tetapi sebenarnya inilah antara jenayah yang paling cepat merebak dan paling menguntungkan.
Duta muhibah PBB bagi memerangi pemerdagangan manusia, aktres Mira Sorvino turut memberitahu sidang itu, hanya pengedaran dadah yang mengatasi perhambaan zaman moden dari segi keuntungan, tetapi sangat sedikit wang dan kemahuan politik disalurkan untuk memerangi pemerdagangan manusia.
"Kumpulan jenayah terancang transnasional kini turut menyenaraikan manusia sebagai produk mereka, dan satelit mendedahkan manusia dipindahkan mengikut laluan sama yang digunakan untuk senjata dan dadah," kata Sorvino. – Agensi
Jumaat, April 27, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Jenayah menguntungkan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "