/

Saintis ramal Tokyo bakal dilanda gempa besar

TOKYO - Setahun selepas satu daripada tragedi gempa bumi terbesar yang direkodkan dalam sejarah berlaku, saintis Jepun memberi amaran terbaru, Tokyo mungkin dilanda gempa yang membunuh ribuan orang dan menyebabkan kerosakan teruk.
Tokyo yang menjadi kediaman kepada 35 juta penduduk telah menyaksikan peningkatan tiga kali aktiviti tektonik sejak gempa bumi berukuran 9.0 magnitud di dasar laut yang mencetuskan ombak tsunami Mac tahun lalu.

Setiap hari secara purata hampir 1.5 gempa direkod di sekitar bandar raya itu, satu daripada yang paling padat penduduk di dunia. Bagaimanapun, penduduk Tokyo sudah biasa dengan gegaran ketika berada di katil atau meja hingga majoriti penduduk melaluinya tanpa sebarang aduan.
Bandar raya itu tidak diragukan ialah satu daripada tempat paling kalis gempa di dunia. Malah, gempa gergasi pada 11 Mac tahun lalu yang melanda 370 kilometer dari Tokyo menyebabkan kerosakan kecil. Pengangkutan awam menjadi kucar-kacir buat sementara waktu menyebabkan ribuan orang terperangkap, tetapi tiada bangunan runtuh dan tiada kecederaan dalam skala besar.

Institut Penyelidikan Gempa Bumi Universiti Tokyo berkata, bandar raya itu dibina di persimpangan empat plat tektonik mempunyai peluang 50 peratus dilanda gempa besar - berukuran lebih 7.0 magnitud dalam tempoh empat tahun akan datang.

"Kami perlu bersiap sedia dengan kejadian gempa yang akan berlaku," kata Pengarah Eksekutif agensi Jepun milik kerajaan untuk Sains dan Teknologi Marin-Bumi, Asahiko Taira. - AFP
Adam Merah , Rabu, Mac 07, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog