LPF akan kemuka cadangan gubal dasar untuk dikuatkuasa
PUTRAJAYA : Lembaga Penapisan Filem (LPF) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya filem genre seram tidak dibenarkan disiarkan secara berulang di semua stesen televisyen tempatan termasuk Astro dalam usaha menangani gejala penyuburan amalan kepercayaan tahyul di kalangan penonton.

LPF yang memperakui cadangan itu akan mengemukakannya kepada kementerian berkaitan sebelum digubal sebagai dasar untuk dikuatkuasakan ke atas semua stesen televisyen tempatan.
Pengerusi LPF, Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap, berkata cadangan itu dikemukakan oleh pihak industri perfileman dalam sesi perbincangan berkala di Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam sebagai reaksi kepada polemik filem seumpama itu menggalakkan kepercayaan karut dan tidak membina masyarakat produktif.
"LPF tidak boleh menghalang penerbitan filem bercorak hantu dan seram kerana ia dikhuatiri menjejaskan perkembangan industri sebab itu kita akan memperakui cadangan itu supaya filem seram tidak diulang tayang di semua stesen televisyen termasuk Astro.
"Jika ia dipersetujui kerajaan, filem berkenaan hanya akan disiarkan di pawagam, namun ia tertakluk kepada keputusan kerajaan," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Perbincangan Meja Bulat LPF bersama Penerbit dan Pengarah Filem di sini, semalam.
Raja Azhar berkata, rasional di sebalik cadangan itu ialah bagi membolehkan LPF menetapkan jenis penonton yang boleh menyaksikan filem terbabit, berbanding di stesen televisyen yang boleh disaksikan semua peringkat usia termasuk kanak-kanak.
Ketika ini, LPF menetapkan tiga kategori pengkelasan filem iaitu kod 'U' bagi tontonan semua lapisan masyarakat tanpa had umur; PG13 untuk golongan yang berumur 13 tahun dan filem dalam label ini mengandungi unsur ganas atau seram.
Kategori 18 pula untuk tontonan golongan berumur 18 tahun dan ke atas, mengandungi unsur-unsur ganas, seram dan seks yang tidak keterlaluan atau pun yang menyentuh aspek agama, sosial dan politik.
Sabtu lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, dilaporkan berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan filem ketika ini boleh mempromosikan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat produktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik.
Mengulas lanjut, Raja Azhar berkata, pola penerbitan filem tahyul dan seram juga semakin meningkat sejak 2008 hingga tahun lalu, sebanyak 18 filem sudah diterbitkan, sekali gus membuktikan ia semakin mendapat tempat di kalangan penonton tempatan.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan penerbit dan pengarah filem supaya lebih kreatif dalam menghasilkan filem dan tidak terlalu bergantung kepada genre tahyul dan seram, khususnya jika skrip terbabit tidak mendapat kelulusan LPF dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Oleh Azrina Ahzanbhnews@bharian.com.my
Rabu, Oktober 05, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Syor had tayang filem seram di TV silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "