2+4 hrs...Twogether Fourever

Ahad : 13 April 2025   
@ 15 Syawal 1446H / 7:26 AM

18Selasa,Oktober

Perangkap SMS pelacur

CONTOH SMS yang dihantar sindiket.





KUALA LUMPUR : Golongan isteri dan kaum hawa kini mempunyai sebab kukuh untuk memeriksa kotak simpanan khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimbit suami dan kekasih masing-masing berikutan terdapat satu taktik baru bapa ayam dalam mempromosikan pelacur untuk lelaki berhidung belang.

Sindiket yang berselindung di sebalik sebuah pusat refleksologi itu dilihat begitu bijak memperdayakan sesiapa sahaja yang membaca SMS tersebut kerana ia seolah-olah kelihatan seperti mereka sedang mempromosikan model kereta.

Kosmo! yang menjejaki premis di Salak Selatan di sini itu sebaik dimaklumkan mengenai taktik tersebut mendapati ia benar seperti yang didakwa.

Sumber memberitahu, antara SMS yang dihantar secara rambang itu ialah "Pelanggan dihormati, berkunjunglah ke bilik pameran kami di sini, terdapat 10 model kenderaan baru yang sedia dipandu uji."

Namun, maksud sebenar sindiket ialah untuk menjemput penerima SMS berkunjung ke premis tersebut manakala 10 model kenderaan itu pula merujuk kepada pelacur baru.

"SMS tersebut sengaja direka begitu untuk mengelak kegiatan pelacuran di situ dari dikesan pihak berkuasa," ceritanya ketika ditemui.

Terdapat juga kandungan SMS lain yang dihantar khusus untuk merangsang penerimanya supaya segera melanggan pelacur asing. Antara SMS itu termasuk : "Terkini! Pusat servis kami kini mempunyai lima tenaga pakar dari luar negara yang sedia memberi perkhidmatan kepada anda. Dua mekanik dari China, dua dari Vietnam dan satu dari Thailand."

Menurut sumber itu, mekanik yang dimaksudkan dalam SMS tersebut adalah wanita asing yang bertindak sebagai pelacur.

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my
Unknown , Selasa, Oktober 18, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog