SAADI GADDAFI : Anak lelaki ketiga Muammar Gaddafi.
TRIPOLI: Anak lelaki bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, melahirkan rasa terkejut dan marah atas 'kekejaman' yang dilakukan ke atas ayah dan adik lelakinya.
Saadi Gaddafi berkata pembunuhan Gaddafi dan Mutassim menunjukkan mereka yang mempunyai kaitan dengan rejim Libya sebelum ini tidak akan mendapat perbicaraan yang adil di negara itu.
'Saadi Gaddafi terkejut dan marah ekoran kekejaman yang dilakukan sebelum pembunuhan ayah dan adik lelakinya.
'Kenyataan bercanggah yang dikeluarkan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), yang mewajarkan pembunuhan kejam ini dan penganiayaan mayat, menunjukkan tiada sesiapa yang mempunyai kaitan dengan bekas rejim akan mendapat perbicaraan adil di Libya, ataupun mendapat keadilan bagi jenayah yang dilakukan ke atas diri mereka,' kata peguam Saadi, Nick Kaufman.
Saadi kini berada di Niger selepas melarikan diri apabila ibu kota Tripoli ditawan oleh pasukan pejuang NTC pada Ogos lalu.
Sementara itu, seorang doktor yang membedah siasat mayat Gaddafi berkata bekas pemimpin Libya itu terbunuh ekoran tembakan.
'Beliau mati disebabkan kecederaan satu tembakan. Ia jelas,' kata doktor itu tanpa memberi butiran sama ada ia disebabkan kecederaan tembakan yang ketara di sebelah kiri kepala Gaddafi ataupun pada perutnya.
Bedah siasat itu dijalankan malam kelmarin di bilik mayat di Misrata, kira-kira 200 kilometer dari Tripoli.
Gaddafi, yang memerintah Libya selama 42 tahun, diumumkan mati Khamis lalu beberapa jam selepas ditangkap hidup-hidup.
'Masih ada beberapa isu. Kami perlu menghantar (laporan) kepada ketua pendakwa raya. Tetapi kesemuanya akan diumumkan kepada orang awam. Tiada apa yang akan disembunyikan,' kata doktor itu lagi.Para pegawai tempatan berkata jenazah Gaddafi telah dibawa balik ke bilik sejukbeku sebuah pasar lama di Misrata, yang membolehkan orang ramai melihatnya.
Meskipun ada beberapa pihak yang melahirkan kurang senang jenazah Gaddafi tidak dikebumikan dengan segera di Misrata, para penduduk beratur panjang untuk melihat mayatnya.
'Kami membawa anak-anak melihat mayatnya hari ini kerana ini satu peluang melihat sejarah.
'Kami ingin melihat orang yang sombong ini terbujur kaku. Biarkan semua orang melihatnya,' kata seorang penduduk, Mohammed. - Agensi.
Rabu, Oktober 26, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang KEMATIAN GADDAFI : Anak lelaki terkejut dan marah silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "