/

Kadar Stres Pelajar Sekolah Tinggi: Liow

PUTRAJAYA, 5 Okt - Satu projek mengesan kesihatan mental pelajar sekolah menunjukkan tahap keresahan, kemurungan dan stres mereka berada pada tahap yang disifatkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai "tinggi".

Daripada 6,540 murid yang telah disaring dalam projek perintis dikenali "Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid Sekolah" itu, 17.1 peratus daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus mengalami tanda kemurungan teruk dan 4.8 peratus mengalami stres teruk.

Daripada jumlah pelajar yang disaring itu, 2,345 pelajar iaitu 36 peratus telah mengikuti intervensi latihan kemahiran daya tindak kesihatan mental manakala 279 guru telah dilatih untuk mengenal pasti dan mengendali masalah emosi, tingkah laku dan permasalahan mental pelajar, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini Rabu.

Projek dengan kerjasama Kementerian Pelajaran itu bermula pada Mac lepas di enam sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Ahmad Badawi di Pulau Pinang, SMK Simpang Bekoh di Jasin, Melaka, Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Perak, SM St Michael, Penampang Sabah, Maktab Rendah Sains Mara, Gemencheh, Negeri Sembilan, dan SM Jenis Kebangsaan Katholik Petaling Jaya, Selangor.

"Meskipun tiada kajian khusus dibuat untuk kenal pasti faktor penyebab, tetapi kita dapati apa yang penting ialah memberikan persediaan awal kepada murid mengenai kemahiran gaya daya tindak," kata Liow.

Katanya bagi pelajar yang dikenal pasti mengalami masalah stres, keresahan dan kemurungan teruk, ibu bapa mereka dipanggil bagi membantu, selain kes dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata kementerian akan memperluaskan projek itu ke semua sekolah dalam usaha mempertingkatkan kesejahteraan mental pelajar dan warga sekolah serta sebagai persediaan mengelak masalah menjadi lebih serius.

Mulai Jun tahun ini, pelaksanaan saringan kesihatan mental di Klinik Kesihatan juga telah diperluaskan secara berperingkat di Klinik Kesihatan seluruh negara. - Bernama

Unknown , Jumaat, Oktober 07, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog