Peningkatan kos bahan mentah, isu kuota Bumiputera beban pemaju
PUTRAJAYA : Unjuran harga hartanah akan meningkat sehingga 20 peratus dalam separuh kedua 2011 bukan disebabkan permintaan pasaran yang tinggi, tetapi sebaliknya berpunca daripada kenaikan harga bahan binaan dan kos pembinaan.
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri Michael K C Yam, berkata berdasarkan maklum balas diperoleh daripada sektor berkenaan, 65 peratus berpendapat harga hartanah akan meningkat sehingga 20 peratus menjelang akhir tahun ini.
Sehubungan itu, katanya, 47 peratus pemaju berkata, mereka bercadang menaikkan harga jualan bagi projek masing-masing sehingga 15 peratus menjelang pelancaran jualannya akhir tahun ini.
"Pemaju kini dibebani kenaikan harga batu bata, besi, simen dan pasir, selain masalah kekurangan tenaga kerja, manakala sikap tidak telus dan kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) menangani isu perumahan bagi kuota Bumiputera turut menyumbang kepada peningkatan kos operasi pemaju.

"Jadi, Panel Majlis Kebangsaan REHDA menggesa supaya peruntukan kuota Bumiputera disemak semula kerana ia antara punca utama pemaju menanggung kerugian, selain dibebani kenaikan harga bahan binaan," katanya ketika dihubungi semalam.
Mengikut syarat sekarang, pemaju mesti memperuntukkan antara 30 hingga 70 peratus unit rumah untuk kuota Bumiputera dan unit yang tidak terjual hanya boleh dilepaskan jika mendapat kelulusan kerajaan negeri berkenaan.
Pemaju juga perlu membayar kadar diskaun tujuh peratus untuk kuota Bumiputera sebagai levi kepada kerajaan negeri berkenaan.
Michael berkata, unit rumah kuota Bumiputera kurang diminati pembeli Bumiputera sendiri kerana ia hanya boleh dijual kepada pembeli Bumiputera saja, sekali gus menyukarkan mereka mendapatkan pembeli pada masa depan.
Beliau berkata, fenomena itu menyebabkan pembeli Bumiputera lebih cenderung membeli unit rumah bukan kuota Bumiputera dan keuntungan pemaju pula terjejas kerana tidak ada pembeli untuk unit rumah kuota Bumiputera itu.
Katanya, syarat kuota Bumiputera itu harus dikaji semula kerana bimbang industri hartanah mungkin diperalatkan sebagai senjata politik pihak tertentu.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan pasaran hartanah negara masih kukuh kerana bergantung kepada pembeli tempatan yang menduduki sendiri hartanah dibeli, sekali gus terlindung daripada kemerosotan ekonomi yang memberi kesan ketara terhadap pasaran hartanah di negara maju.
Berdasarkan Laporan Kaji Selidik Industri Hartanah REHDA bagi separuh pertama tahun ini, hanya 52 peratus pemaju, berbanding 55 peratus pemaju pada separuh pertama 2010, melancarkan projek baru.
Walaupun jumlah projek baru berkurangan, purata saiznya bertambah kepada 150 unit setiap projek pada separuh pertama 2011 berbanding hanya 100 unit bagi tempoh sama tahun lalu, sekali gus membuktikan pemaju lebih cenderung memilih projek mempunyai permintaan pasaran tinggi.
Oleh Magendran Rajagopalmagendran@bharian.com.my
Selasa, Oktober 04, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Harga rumah naik 20 peratus silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "