2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 7:57 PM

11Selasa,Oktober

Batuk pagi, malam tanda asma

BATUK antara penyakit yang sering di pandang ringan. Ada yang menganggap ia kurang berbahaya termasuk yang dialami di kalangan kanak-kanak.

Tetapi ibu bapa perlu sedar, ia mungkin merupakan petanda awal asma atau lelah terutama apabila anak-anak sering batuk pada waktu malam.

Biasanya penyakit asma di kalangan kanak-kanak bermula dengan batuk berpanjangan di waktu malam dan awal pagi.

Pakar Kanak-kanak, Hospital Perubatan Pantai, Dr. Amir Mohd. Nor memberitahu, asma sememangnya biasa berlaku pada kanak-kanak yang mana ia akan hilang apabila mereka meningkat dewasa.

"Dalam keadaan ini, mereka selalunya berkahak yang boleh menyebabkan batuk dan muntah. Sesetengah kanak-kanak juga mudah berhingus atau hidung berair pada waktu malam," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Secara umumnya menurut Dr. Amir, asma berlaku apabila salur pada paru-paru sempit atau tersumbat.

"Di sini, udara yang beroksigen akan menyerap ke salur darah dan menyebabkan kandungan oksigen dalam darah tinggi.

"Apa yang dimaksudkan dengan asma ialah keadaan di mana salur paru-paru kecil (bronchiol) menjadi radang sekali gus menyebabkan salur paru-paru tersebut sempit," terangnya lagi.

Secara klasiknya, asma menyebabkan kanak-kanak akan mengalami batuk berterusan, nafas berbunyi dan semput. Biasanya batuk yang dialami kanak-kanak itu adalah basah dan berkahak.

Bagaimanapun, terdapat sebahagian daripada kanak-kanak yang tidak mempunyai tanda-tanda klasik tersebut.

"Ini akan menyukarkan diagnosis dan kebanyakan kanak-kanak ini akan mengalami batuk berterusan yang tidak baik walaupun sudah makan pelbagai jenis ubat.

"Sekira ada juga simptom alahan seperti ruam, resdung atau selesema awal pagi, ia lebih meninggikan lagi kemungkinan asma atau lelah.

"Kanak-kanak yang mempunyai masalah asma senang mengalami jangkitan kuman pada paru-parunya," terangnya.

Disebabkan asma selalu dicetuskan selepas demam selesema biasa, ini menyebabkan kadar kemasukan hospital lebih tinggi di kalangan kanak-kanak menghidap penyakit tersebut.


Bagaimanapun, terdapat faktor lain yang boleh mencetuskan simptom lelah seperti habuk atau hama habuk, asap rokok, buah-buahan dan sebagainya.

Tegasnya, walaupun perkara yang menyebabkan asma itu berbeza dari seorang ke seorang tetapi secara umumnya apa yang dinyatakan di atas ialah punca utama.

Ditanya mengenai rawatan asma, Dr. Amir Mohd. Nor berkata, tiada rawatan khusus bagi menyembuhkan asma.

"Ubat yang dimakan kanak-kanak menghidap asma hanya untuk mengawal simptom itu tetapi tidak menyembuhkan seseorang itu daripada masalah asma," katanya.

Malah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap asma ini akan pulih dengan sendiri apabila mereka besar atau mencapai peringkat remaja.

"Ada dua kategori ubat ketika memberi rawatan kepada kanak-kanak menghidap asma iaitu ubat-ubatan yang mencegah kanak-kanak daripada serangan asma dan ubat-ubatan yang mengurangkan simptom asma ," akuinya.

Bagaimanapun Dr. Amir menegaskan apabila kanak-kanak sering mendapat simptom asma, mereka perlu mengambil ubat yang boleh mencegah simptom daripada berulang.

"Ubat ini memerlukan pengambilan setiap hari oleh itu ramai ibu bapa berasa takut kononnya kanak-kanak itu terpaksa bergantung kepada ubat. Ini tidak benar, bagaimanapun mendapat rawatan secara berterusan mampu memberikan kesihatan yang baik kepada anak-anak ini," katanya.

Oleh ZUHAYATI YAZID
Muhammad Ttuyup , Selasa, Oktober 11, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog