Barah buah dada merupakan barah nombor satu yang menjejas kaum wanita. Mengikut perangkaan di singapura, sejumlah 7,160 wanita menghidapi barah buah dada dari tahun 2004 hingga 2008. Di kalangan wanita Melayu pula, seramai 526 orang menghidapi barah buah dada dari 1998 hingga 2002. Daripada jumlah ini juga, sebanyak 126 merupakan wanita yang berusia antara 45 tahun dengan 50 tahun. Ini juga merupakan jumlah tertinggi di kalangan kumpulan usia wanita yang menghidapi barah jenis ini.
Memandangkan Oktober bulan kesedaran barah buah dada, kita tinjau apakah faktor risiko yang boleh menyebabkan penyakit ini, mengenal tanda awal barah buah dada dan apakah jenis pemeriksaan yang perlu dilakukan bagi mengelakkan atau mengesannya di peringkat awal.
Faktor risiko berkaitan dengan barah buah dada
Usia:
Risiko menghidapi barah buah dada lebih tinggi jika anda semakin berumur.
Sejarah keluarga:

Sejarah peribadi:
Jika anda pernah menghidapi barah pada salah satu buah dada, kemungkinan ia merebak kepada satu lagi buah dada amat tinggi.
Putaran haid:
Wanita yang mempunyai putaran haid sebelum usia 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun, mempunyai risiko yang tinggi sedikit menghidapi barah buah dada.
Radiasi:
Pendedahan kepada radiasi buah dada juga boleh meningkatkan risiko menghidapi penyakit ini.
Anak:
Risiko wanita yang tidak mempunyai anak atau melahirkan anak pertama selepas usia 30 tahun lebih tinggi berbanding wanita yang bersalin pada usia muda.
Berat badan:
Mempunyai berat badan berlebihan boleh meningkatkan risiko barah buah dada.
Penggunaan pil perancang:
Kemungkinan menghidapi barah buah dada lebih tinggi jika anda menggunakan pil perancang keluarga (oral contraceptives) sepanjang 10 tahun lalu.
Apa yang boleh mengurangkan risiko barah buah dada?
Susu badan:
Memberikan susu badan selepas satu tahun setengah hingga dua tahun boleh mengurangkan risiko menghidapi penyakit ini.
Senaman:
Seperti penyakit lain, risiko menghidapi barah buah dada lebih rendah jika anda rajin bersenam.
Pemeriksaan awal
Wanita berusia 40 tahun ke atas wajar menjalani pemeriksaan mammogram setiap tahun dan perlu terus melakukannya walaupun tahap kesihatan mereka mantap. Mammogram merupakan cara baik mengesan barah buah dada.
Bagi wanita berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an tahun, mereka perlu menjalani pemeriksaan buah dada klinikal sebagai sebahagian daripada pemeriksaan kesihatan mereka setiap tiga tahun.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "