2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Angkat besi untuk hilangkan lemak


'RAHSIA' mengurangkan lemak bukan dengan berlari berjam-jam lamanya di treadmill semata-mata.

Sebaliknya dengan melakukan latihan angkat besi atau weight training, impian anda untuk menghapuskan lemak degil juga boleh kesampaian.

Latihan ini merangkumi aktiviti kecergasan yang melibatkan kekuatan otot kaki, tangan, paha luar, paha dalam dan bahu.

Buat permulaan, anda boleh membeli dumbel seberat dua kilogram dan lakukan latihan beban di rumah.

Ramai yang masih beranggapan bahawa latihan kardio adalah di antara aktiviti kecergasan paling utama dalam membantu anda mendapatkan tubuh yang langsing.

Tahukah anda bahawa latihan angkat besi lebih berkesan dalam mencapai matlamat melangsingkan tubuh anda?

Bonusnya pula ialah tubuh anda akan kembali cergas tanpa perlu menghadapi risiko kekejangan otot.

Apabila anda mengangkat besi, otot tubuh anda akan mulai bekerja dengan lebih sempurna.
Lemak yang terkumpul akan ditukarkan dalam bentuk tenaga dan membantu pembinaan otot tubuh anda agar menjadi lebih mantap.

BERAPA BANYAK BESI YANG PERLU DIANGKAT?

Latihan angkat besi termasuk mengangkat dumbel, weight lifting dan sebagainya.

Anda disarankan mula mengangkat besi dengan berat paling minimum.

Pertingkatkan berat besi mengikut kemampuan dari masa ke masa.

Walaupun besi anda pada kadar berat yang paling minimum, anda harus mengulangi latihan sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali.

Apabila anda mula menambah berat besi, cuba bahagikan rutin latihan kepada lima hingga enam bahagian.

Setiap satu rutin melibatkan gerakan berbeza dan merangkumi otot lengan, kaki, paha dan bahu.

Lakukan sebanyak tiga set bagi setiap satu aktiviti dengan ulangan sebanyak 10 hingga 12 kali gerakan.

LAKUKAN BERSAMA LATIHAN KARDIO

Latihan kekuatan ini juga boleh dilakukan bersama latihan kardio untuk memastikan jantung anda kekal sihat dan cergas.

Jika anda melakukan latihan kecergasan selama tiga jam pada hujung minggu, peruntukkan 45 minit untuk latihan angkat besi.

Jika anda bersenam selama sejam, pastikan 45 minit untuk latihan kardio dan 15 minit untuk latihan angkat besi.

Berehat selama dua minit selepas selesai satu set senaman.

Lakukan latihan angkat berat berselang sehari kerana otot memerlukan sekurang-kurangnya sehari untuk berehat dan membentuk.

LIMA ALASAN TERBAIK UNTUK ANGKAT BESI
  1. Individu dewasa yang tidak melakukan sebarang latihan angkat besi menghadapi risiko kehilangan otot tubuh sebanyak dua hingga empat kilogram dan mengalami penurunan metabolisme menjelang usia 25 tahun.
  2. Latihan membantu mempertingkat kadar pencernaan glukosa dan membantu mengurangkan risiko diserang kencing manis. Peratusan gula dalam darah dapat dikurangkan sekitar 23 peratus selepas empat bulan latihan ini dilakukan.
  3. Kadar ketahanan otot dan tulang anda juga dapat diperbaiki selepas empat bulan latihan.
  4. Membantu mempertingkatkan kadar metabolisme tubuh di samping membantu melancarkan proses penghadaman.
  5. Membantu mengurangkan rasa kejang dan sakit otot. Anda juga dapat melihat postur tubuh anda menjadi lebih baik selepas tiga bulan.
Oleh Wan Shamsury Wan Hassan
Nota: Penulis pakar kesihatan dan kecergasan di NTUC Healthcare.
Muhammad Ttuyup , Rabu, Oktober 05, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog