Kurang ilmu punca ramai menyimpang
MAKKAH : Jemaah yang tiba di tanah suci bagi mengerjakan haji dan umrah tanpa mempunyai ilmu serta keyakinan tentang Islam yang kukuh mempunyai kecenderungan menyimpang daripada ajaran agama termasuk mempercayai batu tertentu boleh mengubati penyakit.
Akhbar Arab News mengesan sejumlah jemaah ke Gua Hira' tempat wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad saw atau Jabal Rahmah di Arafah, dengan mempercayai ia adalah sebahagian daripada ibadat umrah atau tempat memohon petunjuk Allah.

Selain itu, ada juga jemaah yang mengutip bijirin yang diberikan kepada burung merpati atau burung lain berdekatan Masjidil Haram bagi mengubati penyakit mereka atau ahli keluarga.
Bijirin itu dijual warga asing dalam beg plastik kecil dengan harga 1 riyal ($0.34) dan dibeli bagi memberi burung makan.
Gandum dan bijirin itu boleh diperoleh di kawasan Al-Masfalah, Al-Hafair, Ghazah dan kawasan lain berdekatan Masjidil Haram.
Ditanya mengapa mengutip makanan burung itu, seorang jemaah dari Pakistan, Riyasa Ghulam, 60 tahun, berkata isterinya yang muda enam tahun daripadanya mandul dan gagal mendapatkan anak sepanjang perkahwinan mereka.
'Kami sudah mencuba pelbagai rawatan. Seorang rakan menyarankan ketika mengerjakan umrah ambil peluang makan makanan burung merpati.
'Kini, selama seminggu kami makan tujuh bijirin sehari dan masih menunggu hasilnya,' katanya.
Seorang jemaah dari Mesir pula, Ismail, berkata isterinya mengalami sawan dan tidak boleh diubati.
Katanya, seorang rakan menasihatkan beliau mendapatkan makanan bagi burung untuk mengubati isterinya.
'Rakan berkata isteri saya perlu makan tiga biji setiap kali makan tiga hari berturut-turut. Dua minggu sudah berlalu tetapi isteri saya tidak bertambah baik,' kata Ismail.
Beliau berkata rakannya berpesan supaya makan bijirin yang tidak pecah dan perlu dimakan sekali gus.
'Kami mengikut nasihatnya tetapi tiada apa pun berlaku,' katanya.
Pengarah Pengajian Islam di Universiti Umm Al Qurah, Muhammad Al-Suhali, berkata hanya umat Islam yang mempunyai keyakinan lemah dan ilmu mengenai agama yang sedikit akan melakukan perkara berkenaan. - Agensi.
Ahad, Oktober 09, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Ada jemaah haji dan umrah percaya bijirin, batu bawa berkat silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "