WASHINGTON, 20 Sept. : Golongan wanita yang mewakili 40 peratus daripada tenaga kerja dunia hanya memperolehi 1 peratus kekayaan dunia, menurut laporan terbaru Bank Dunia.
Laporan Pembangunan Dunia yang dikeluarkan Ahad lalu itu menunjukkan jurang kesamarataan jantina di negara membangun di seluruh dunia masih tinggi, walaupun telah banyak usaha dilakukan selama berdekad-dekad lamanya.
Menurut laporan itu, daripada segi gaji pula, golongan wanita ini hanya memperolehi 62 peratus bagi setiap AS$1 (RM3.1) yang diperolehi oleh lelaki di Jerman, manakala 64 peratus di India dan kira-kira 80 peratus di Mexico dan Mesir.
Usahawan wanita pula lebih malang apabila hanya memperolehi 34 peratus daripada setiap AS$1 (RM3.1) yang diperolehi usahawan lelaki di Ethiopia dan hanya 12 peratus di Bangladesh.
Untuk kategori angka kematian pula, wanita dan gadis lebih banyak yang meninggal dunia berbanding lelaki dan remaja di negara-negara membangun dan miskin dengan 3.9 juta daripada golongan ini yang berumur di bawah umur 60 tahun 'hilang' setiap tahun.
Masalah lebih buruk lagi di sub-Sahara Afrika serta negara-negara yang dibelenggu penyakit HIV/AIDS.
Bagi kategori pendidikan, wanita kini mewakili lebih separuh daripada pelajar universiti dunia dengan 60 negara membangun memiliki lebih ramai gadis berbanding lelaki di institusi pengajian tinggi itu.
Bagaimanapun untuk pendidikan peringkat awal, jumlah antara kanak-kanak perempuan dan budak lelaki tidak jauh berbeza, tetapi di peringkat pendidikan menegah, gadis melebihi jumlah remaja lelaki di 45 negara membangun.
Menurut Bank Dunia, menghapuskan halangan-halangan kepada golongan wanita dapat meningkatkan produktiviti setiap pekerja dari 3 peratus kepada 25 peratus di seluruh negara membangun.
"Negara-negara yang memberi peluang dan situasi yang lebih baik kepada wanita dan gadis dapat meningkatkan produktiviti, memperbaiki hasil kepada kanak-kanak, menjadikan institusi lebih bertanggungjawab dan menggalakkan prospek pembangunan," kata laporan itu. - Agensi
Khamis, September 22, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Wanita masih jauh ketinggalan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "