Selasa : 22 April 2025   
@ 24 Syawal 1446H / 2:21 AM

29Khamis,September

Suami isteri perlu bertolak ansur dalam isu wang


GUGURKAH tanggungjawab suami apabila isteri bekerja?

Ehmm... begitulah sebuah e-mel menerusi Facebook yang saya, dan mungkin ramai lagi rakan-rakan di FB, terima.
Menarik 'kan topiknya?
Malahan, e-mel itu menarik perbincangan hangat menerusi Facebook dengan 213 reaksi daripada pelbagai pembaca.
Tanggungjawab di sini bermakna memberikan nafkah terhadap isteri - dari segi sokongan kewangan.
Ertinya, apabila isteri sudah bekerja, benarkah suami tidak perlu lagi memberikan wang belanja untuk isteri?
Dalam e-mel itu, ramai yang menyimpulkan bahawa suami wajib menanggung segala perbelanjaan isteri walaupun si isteri bekerja.
'Namun, masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut.

'Mangsanya adalah para isteri yang mengajukan soalan sebegini walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian,'menurut e-mel tersebut.
Alahai, 'kan sudah jelas. Dalam agama Islam, suami adalah ketua keluarga.

Sebagai ketua, seorang suami bertanggungjawab atas segalanya: makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan.

Jadi, apabila isteri bekerja, tanggungjawab suami seharusnya tidak akan berubah.


Seperti kata salah satu respons pembaca dalam FB:
'Bagi suami yang ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upaya bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri.'
Jadi, jelaslah tanggungjawab suami tidak gugur apabila isteri bekerja.
Namun, terdapat beberapa respons pembaca yang perlu diperbetulkan. Seperti ini: 'Bagi para isteri yang bekerja, memang tak salah kita membantu meringankan beban suami tetapi jangan terlalu membiasakan suami sewenangnya. Hasil pendapatan kita adalah hak kita yang mutlak. Kita bebas membelanjakannya ikut suka kita.' 

Satu lagi e-mel berbunyi :
'Sekiranya suami mampu, tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja.

'Segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri.'
Alahai, pasti ramai kaum suami yang membacanya marah-marah 'kan?
Tak 'kan isteri yang bekerja nak membelanjakan wang gaji untuk diri sendiri sahaja, 'kan?

Matlamat keluar bekerja untuk apa? Tentulah untuk membantu suamikan?

Apabila isteri bekerja, isteri kenalah ada tanggungjawab pada suami jugalah. 'Kan suami dah beri isteri restu untuk bekerja?
Jika suami tidak benarkan, isteri tidak boleh keluar bekerja. Itulah sebabnya, apabila isteri telah diberi keizinan, dia perlulah menghargainya dan bersama-samalah berkongsi beban kewangan rumah tangga.

Memang jelas, dalam zaman sekarang, tidak cukup untuk suami seorang sahaja bekerja demi menampung kos hidup hari ini. Ini lebih-lebih lagi pada awal berumah tangga. Jadi, kaum wanita selalunya bekerja untuk membantu meringankan beban suami.
Jika kedudukan kewangan suami sudah mantap, selalunya isteri akan berundur diri dan memilih duduk rumah untuk menjaga anak-anak demi kesejahteraan keluarga.
Selain menanggung kos hidup yang tinggi hari ini, isteri yang bekerja selalunya kerana mempunyai pendidikan yang membolehkannya mendapat gaji yang tinggi dan menambah kepada kemewahan keluarga.
Jadi, rugilah kalau isteri yang pandai tidak bekerja walaupun keadaan suami agak stabil.
Kekadang, untuk mencapai kestabilan kewangan keluarga, isteri tiada pilihan lain selain bekerja. Kata orang, kalau nak mewah sikit, kenalah kededuanya bekerja 'kan?
Bagi isteri, bekerja juga memberikannya perspektif hidup yang berbeza.
Dengan keyakinan diri, si isteri bukan sahaja dapat membantu suami dari segi kewangan, malah membangunkan anak-anak dalam suasana yang lebih positif.
Kita pun tahu, ramai isteri yang keluar bekerja dengan izin suami itu tidak melepaskan tanggungjawab mereka sebagai isteri dan ibu.
Ramai yang menjalankan tanggungjawab mereka walaupun kekadang ia menguji ketabahan dan kesabaran mereka.
Jadi, suami haruslah menghargai isteri yang bersama keluar mencari nafkah untuk keluarga dan tidak ambil kesempatan pula. Janganlah suami memperlekehkan sumbangan kewangan isteri kepada keluarga.
Para isteri yang bekerja juga harus belanja ikut kemampuan sendiri dan suami.
Walau sebanyak mana pendapatan pun dan mampu jika ingin membeli sesuatu hendaklah bertanya dan minta pendapat suami sebagai menghormati suami.
Para isteri juga janganlah mula berasa besar diri bila bekerja dan memandang rendah kepada suami pula.
Di sinilah perlunya persefahaman.

Persefahaman adalah penawar kepada konflik rumah tangga.
Janganlah kita berkira sangat soal perbelanjaan keluarga.
Antara isteri dan suami perlu ada tolak ansur dalam isu wang.
Bukan apa, jika isu wang ini tidak dikendalikan dengan betul, ia boleh menjadi pertelingkahan.
Maklumlah isu wang ini amat sensitif.
Malah, kita telah melihat bagaimana perceraian selalunya berlaku kerana wang.
Akhir kata, janganlah kita selalu mempersoalkan apa hak kita dan tanggungjawab pasangan kita kepada kita.
Sebaliknya, bertanyalah pada diri sendiri adakah kita telah memenuhi hak dan tanggungjawab kita terhadap pasangan kita.
Bantulah suami demi mengharungi hidup yang semakin mencabar dengan kos kehidupan yang tinggi.
Setiap sen yang kita belanja untuk keluarga dan suami, pasti dapat pahala.
Kita pun tahu syurga kita terletak di bawah keredhaan suami.
Jadi, tak perlulah gaduh-gaduh pasal duitkan?.
Cik NiNe Che Kadir , Khamis, September 29, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog