Sabtu : 12 April 2025   
@ 14 Syawal 1446H / 8:20 PM

25Ahad,September

Pemimpin Chechnya dakwa perolehi cangkir Rasulullah

BAWA BARANG BERHARGA : Pemimpin Chechnya, Ramzan Kadyrov (kanan), menaiki kereta Rolls-Royce yang membawa cangkir - didakwa milik Rasulullah yang berusia 1,400 tahun - dari lapangan terbang ke masjid utama di ibu kota Grozny, kelmarin.




MOSCOW : Pemimpin Chechnya, Ramzan Kadyrov, mendakwa berjaya memperolehi bahan peninggalan Nabi Muhammad SAW, cangkir yang berusia 1,400 tahun.

Pemerintah wilayah Caucasus Utara itu berkata cangkir berkenaan sebelum ini dimiliki Nabi Muhammad SAW.

Cangkir tersebut telah diterbangkan ke ibu kota Grozny dari London di tempat ia disimpan oleh keturunan sepupu Nabi Muhammad SAW, Sayidina Ali ibn Abi Talib, yang merupakan khalifah keempat. Rabu lalu, Kadyrov dengan bangga membawa kotak yang mengandungi cangkir itu turun dari sebuah pesawat di lapangan terbang negara itu.

Beliau kemudian menaiki kereta Rolls-Royce, yang diiringi berdozen kereta mewah, untuk membawa cangkir itu ke sebuah masjid utama di Grozny.

Ketibaan Kadyrov disambut meriah oleh beratus-ratus jemaah dengan diiringi laungan Allahuakbar. Beliau kemudian mengeluarkan cangkir tersebut dan menangis teresak-esak selepas menciumnya.

Majlis itu telah disiarkan saluran televisyen setempat dan dimuat naik ke laman web Chechnyatoday.com. Beberapa jemaah kelihatan meminum air daripada cangkir itu sambil berdoa.

Dalam satu kenyataannya di laman web, pemerintah Chechen berkata 'cangkir ini digunakan oleh Nabi Muhammad sebelum diberikan kepada supupunya, Ali ibn Abi Talib - khalifah keempat'. Tiada butir lanjut mengenai kesahihan cangkir itu.

Menurut kenyataan itu lagi, sesiapa saja boleh minum air daripada cangkir tersebut sempena Maulud Nabi.

'Tiada siapa yang boleh memberi butir lanjut mengenai asal usul cangkir ini. Rundingan mendapatkan cangkir ini dipimpin oleh peniaga terkenal, Ruslan Baisarov, dan perkara ini diumumkan Ramzan Kadyrov,' kata seorang jurucakap pemerintah Chechen.

Kadyrov telah memerintah wilayah Chechnya sejak 2007, dan dilantik semula pada awal tahun ini. Sebelum ini beliau telah melaksanakan beberapa projek dan acara besar di Grozny, yang bertujuan meningkatkan lagi pengaruh politiknya.

Beliau juga menggalakkan kebangkitan Islam di wilayah tersebut, dengan merasmikan sebuah masjid pada 2008 - dikatakan yang terbesar di Eropah. - AFP.
Unknown , Ahad, September 25, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog