/

Facebook tarik minat syarikat rakaman muzik


MARK ZUCKERBERG mengumumkan perkhidmatan terbaharu Timeline pada persidangan Facebook f8 di San Francisco, California kelmarin.

LOS ANGELES, Amerika Syarikat - Syarikat rakaman dan media meletakkan harapan baharu untuk memajukan perniagaan mereka ekoran penambahan kolum Ticker pada profil pengguna oleh Facebook.

Kolum Ticker memaparkan kemas kini aktiviti pengguna Facebook dalam pelbagai aplikasi media di laman jaringan sosial itu seperti langganan muzik dan filem.

Kolum itu menjadi medan pasaran baru untuk syarikat rakaman dan media AS mempromosikan produk mereka.

Menerusi Ticker, syarikat rakaman boleh mengesan sama ada aplikasi yang mereka tawarkan popular di kalangan pengguna Facebook atau sebaliknya.

Apabila pengguna mengklik kolum Ticker kenalan mereka, pengguna terbabit secara automatik ditawarkan untuk mencuba secara percuma pelbagai perkhidmatan dalam talian seperti pelan muzik Spotify dan Rhapsody yang digunakan kenalan mereka.

Selepas tempoh tawaran percuma itu tamat, pengguna yang berminat boleh terus melanggan perkhidmatan yang ditawarkan dengan membayar yuran bulanan.

Ketua Eksekutif firma langganan muzik Deezer, Axel Dauchez berkata, penyertaan Deezer dalam Facebook membolehkan syarikat itu memasuki pasaran lebih 130 negara di luar AS dalam tempoh cuma beberapa minggu.

Menurutnya, syarikat itu kini memiliki sekitar 1.4 juta pengguna berbayar di Perancis dan Britain dengan Facebook menawarkan pasaran yang jauh lebih besar.

Kolum Ticker itu dilancarkan oleh Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg kelmarin untuk memudahkan 800 juta penggunanya berkongsi muzik dan media lain dengan kenalan mereka.

Zuckerberg turut memperkenalkan perubahan besar pada profil pengguna Facebook yang dinamakan TimeLine.

Profil baharu itu boleh digunakan oleh pengguna untuk mendokumenkan dan memaparkan kehidupan mereka dalam bentuk buku skrap dalam talian.

"Ia menyimpan semua kisah anda (pengguna), semua aplikasi anda sekali gus satu kaedah ekspresi diri yang bahru," kata Zuckerberg ketika berucap pada persidangan tahunan pembina rangkaian laman sosial di bandar raya San Francisco, AS.

"Saya menggelarkan profil baharu ini sebagai 'kisah hidup anda'" tambahnya. - Agensi
Mohd. Adam B. Firdaus , Ahad, September 25, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Mohd. Adam B. Firdaus

Berkerjasama dengan Adam Merah (end 2009)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog