Ahad : 6 April 2025   
@ 8 Syawal 1446H / 9:37 AM

20Selasa,September

Buku sekolah di lima negara Eropah beri gambaran salah perihal Islam


BERLIN : Hasil kajian di lima negara Eropah terhadap buku-buku sekolah menunjukkan bahawa ia mengandungi gambaran yang mencemarkan nama baik Islam dengan menggunakan stereotaip yang mencetuskan kesangsian terhadap agama Islam dan penganutnya.

Seorang daripada penyelidik institut buku teks Jerman, Georg Eckert, yang menganalisis 27 buku yang digunakan di sekolah-sekolah di Britain, Perancis, Austria, Sepanyol dan Jerman menyifatkan pandangan negatif tersebut sebagai 'perkauman budaya'.

Laporan yang dibentangkan di pejabat Kementerian Luar di Berlin itu merupakan antara yang pertama diterbitkan di Eropah.

'Islam sering digambarkan sebagai agama yang ketinggalan dan tidak berubah sejak ia disebarkan,' kata pengarah projek institut berkenaan, Susan Krohnert-Othman.

Dalam pada itu, kumpulan pengkaji tersebut turut menyimpulkan bahawa Islam kerap digambarkan sebagai sebuah entiti bangsa yang seragam tanpa mencerminkan sebarang kepelbagaian di dalam semua aspek di dunia. Laporan tersebut, bagaimanapun, tidak menemui perbezaan utama antara lima negara yang dikaji itu.

Buku-buku teks yang digunakan di peringkat sekolah menengah pula memaparkan Islam sebagai agama kuno dan menentang pemodenan Eropah serta bersifat bercanggah antara satu sama lain.

Melalui pendedahan sedemikian, sikap fobia terhadap Islam di kalangan pelajar sukar ditangkis. Para pengkaji menyeru pihak sekolah agar membentangkan maklumat mengenai reformasi yang diperjuangkan ulama dan intelektual Islam serta proses pemodenan dalam agama.

'Penganut Islam tidak lagi boleh disifatkan sebagai kumpulan asing yang terdiri daripada pendatang bukan Eropah yang secara tradisinya menghalang integrasi,' ujar kumpulan tersebut. - Agensi.
Unknown , Selasa, September 20, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog