/

Bekas eksekutif minta Obama naikkan cukainya

MOUNTAIN VIEW, Amerika Syarikat : Seorang bekas eksekutif firma Google, Dough Edwards meminta Presiden AS, Barack Obama menaikkan cukai pendapatannya.

Dia membuat pertanyaan itu semasa Obama menyertai acara syarahan berjudul 'Meletakkan Rakyat Amerika Kembali Bekerja' anjuran rangkaian sosial Linkedin di Muzium Sejarah Komputer sini kelmarin..

Insiden itu berlaku apabila bekas eksekutif Google, itu bertanya kepada Presiden berkenaan: "Tuan Presiden bolehkah anda menaikkan cukai saya?"

Edwards yang mengakui dia tidak perlu bekerja kerana sudah cukup kaya, mengemukakan soalan tersebut ketika Obama menghadiri satu majlis anjuran laman jaringan sosial LinkedIn di Lembah Silikon di sini.

Dia mencelah ketika Obama berhujah bahawa golongan terkaya di AS patut membayar lebih banyak cukai bagi membantu membiayai program pekerjaan bernilai AS$447 bilion (RM1.4 trilion) untuk membantu rakyat AS yang menganggur mendapatkan pekerjaan walaupun pemimpin-pemimpin Parti Republikan mengecam dasar Obama itu kerana ia akan menjadikan AS sebagai sebuah negara kebajikan.

Bosan mendengar syarahan Obama, Edwards tiba-tiba bangkit lalu berkata: "Saya tidak bekerja, saya bermula daripada bawah bersama Google dan kini saya hidup agak mewah," kata lelaki itu.

"Saya yang memilih untuk menganggur. Soalan saya ialah bolehkah anda menolong menaikkan cukai saya?"

Edwards kemudian memberitahu wartawan bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan Obama tetapi diundang ke majlis berkenaan oleh seorang rakan yang memiliki hubungan dengan Parti Demokrat yang dianggotai Obama.

Obama memberitahu Edward bahawa dia mengecapi kejayaan sekarang kerana terdapat seseorang yang telah melabur dalam sistem pendidikan AS. - AFP

Unknown , Khamis, September 29, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog