2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 17 April 2025   
@ 19 Syawal 1446H / 5:28 AM

24Sabtu,September

Baca buku bukan kerana periksa

Jadikan Membaca Satu Kebiasaan Dan Bukan Hanya Untuk Lulus Periksa


KUALA LUMPUR
, 22 Sept : Penuntut Institusi Pengajian Tinggi harus menjadikan tabiat membaca, meminjam buku dan berulang-alik ke perpustakaan sebagai satu kebiasaan dan bukan hanya untuk lulus periksa semata-mata, kata Profesor Diraja Ungku Aziz.

Beliau berkata ini penting kerana kalau hendak menjadi seorang yang bijak, mestilah selalu membaca buku kerana tiada cara lain yang boleh menggantikan cara ini dalam menambah ilmu.

"Semasa belajar di peringkat sekolah, saya banyak meminjam buku di semua perpustakaan yang saya lawati. Malah, semasa saya bergelar seorang penuntut dan juga pensyarah, saya dan kawan-kawan masih suka meminjam pelbagai jenis buku dan yang paling saya minat ialah buku politik dan sejarah.

"Saya sedih melihat penuntut kini hanya membaca buku untuk lulus periksa malah ada juga yang menggunakan isi buku untuk diplagiat bagi menyiapkan tugasan mereka dan bukannya untuk menambah ilmu pengetahuan
," kata bekas Naib Canselor Universiti Malaya itu ketika merasmikan Arkib Digital Universiti Malaya Memory di kampus UM di sini Khamis.

Justeru beliau menyeru kepada setiap penuntut dan juga pensyarah supaya menjadikan budaya membaca sebagai suatu rutin dalam kehidupan kerana hanya membaca dapat menambah ilmu seseorang.

Arkib Digital UM Memory itu merupakan arkib digital pertama di Malaysia yang menyimpan dan merekod pelbagai koleksi foto, audio, video dan dokumen UM sejak penubuhannya di Singapura pada 1905 sehingga perpindahannya ke Malaysia pada 1959 dan terkini.

Menurut Ketua Pustakawan UM, Dr Nor Edzan Che Nasir inisiatif mewujudkan sistem ini bermula sejak 2006 yang bertujuan untuk memelihara dan memulihara koleksi UM bagi tujuan penyelidikan.

Katanya perisian sumber terbuka dikenali sebagai Omeka digunakan dalam menguruskan koleksi digital tersebut dan lebih berkonsepkan kepada perisian Web 2.0 yang membolehkan masyarakat terutamanya alumni UM untuk berkongsi maklumat mengenai universiti sejak penubuhannya. - Bernama
Unknown , Sabtu, September 24, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog