/

Pengangkutan khas bantu kurangkan kesesakan di Makkah

MAKKAH : Pengangkutan awam khas untuk membawa jemaah ulang alik dari pelbagai tempat antara Masjidil Haram dan Daerah Tengah Makkah ketika Ramadan dilancarkan semalam.
 
Perkhidmatan itu diawasi oleh Pentadbiran Am Trafik.

Pihak berkuasa melarang 2,000 kenderaan daripada memasuki Daerah Tengah setiap hari.
 
Dengan pengenalan perkhidmatan pengangkutan awam baru untuk semua jalan raya menghala ke Masjidil Haram, aliran trafik di Makkah menjadi ancar, sesuatu yang tidak pernah berlaku sejak beberapa tahun lalu.
 
Ketua Pengarah Pentadbiran Trafik Saudi, Brigadier Sulaiman Al-Ajlan memberitahu akhbar Okaz, perkhidmatan baru itu diperlukan untuk mengangkut jemaah umrah secara berkesan ke Masjidil Haram, khususnya apabila berlaku kesesakan jalan raya akibat kenderaan kecil yang dibenarkan mengangkut penumpang ketika waktu puncak.

"Sebelum pelaksanaan rancangan itu, peratusan jemaah yang menggunakan khidmat kenderaan kecil untuk berulang-alik ke Masjidil Haram ialah 80 peratus.
 
"Ia berkurangan kepada 20 peratus berikutan pelancaran perkhidmatan pengangkutan awam baru," kata Sulaiman.
 
"Jemaah umrah tidak dibenar memasuki Makkah dengan kenderaan mereka.
 
"Kenderaan itu sebaliknya diarah menggunakan kawasan parkir untuk musim haji lalu," kata Sulaiman, Menurutnya, tindakan itu bertujuan mengurangkan trafik di jalan raya di bandar suci itu dan menghalang amalan meletak kereta sesuka hati yang mengganggu kelancaran trafik.

Perkhidmatan baru itu tahun ini meliputi semua kawasan Daerah Tengah antara Masjidil Haram dengan kawasan parkir yang ditetapkan Jabatan Trafik. - SG
Adam Merah , Jumaat, Ogos 05, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog