Rabu : 23 April 2025   
@ 25 Syawal 1446H / 6:07 PM

2Selasa,Ogos

Microsoft cipta perisian baru telefon bimbit

SAN FRANCISCO 27 Julai - Syarikat perisian gergasi, Microsoft hari ini mencipta perisian terbaru telefon bimbit yang disediakan kepada syarikat telefon yang menjadi rakan kongsinya. tatkala ia berusaha bersaing semula dengan syarikat Apple dan Google untuk menguasai pasaran.

Institut perisian yang berpangkalan di Washington, The Redmond berkata, perisian tersebut dikemaskini pada sistem pengendalian Windows Phone, dengan kod nama 'Mango', yang mempunyai lebih daripada 500 ciri-ciri baru dan dilengkapi Internet Explorer 9 (IE9) untuk melayari Internet dengan lebih pantas.

"Ini menandakan titik permulaan dalam proses pembangunan dengan menyerahkan perisian kepada syarikat telefon yang juga rakan kongsi untuk mengoptimumkan perisian Mango dalam produk telefon yang tertentu serta konfigurasi rangkaian," kata Naib Presiden Bahagian Korporat Windows Phone, Terry Myerson.

Microsoft merasmikan perisian Mango pada Mei lalu, dengan menjanjikan ia dimuat turun secara percuma kepada pengguna Windows Phone 7 yang sedia ada sebelum hujung tahun ini dan akan turut dilengkapi pada telefon keluaran syarikat Samsung, LG dan HTC serta rakan kongsi yang baru iaitu Acer, Fujitsu dan ZTE.

Dalam pada itu, Microsoft juga menjalankan projek perisian Mango di makmalnya dengan rakan kongsi baru, Nokia, syarikat gergasi telefon dari Finland yang mengumumkan pada Februari lalu untuk menggunakan produk Microsoft sebagai sistem kendalian dalam model telefon pintar keluarannya.

Sebaik-baik sahaja produk-produk telefon yang dilengkapi perisian Mango memasuki pasaran, ia dijangka berhadapan persaingan dengan model iPhone yang baru keluaran syarikat Apple yang turut dilengkapi perisian versi baru, Android daripada syarikat Google.

Menurut firma penyelidik, Gartner, Android akan menguasai hampir separuh daripada telefon pintar di seluruh dunia menjelang hujung tahun ini dengan penguasaan pasaran sebanyak 49.2 peratus.

Penguasaan pasaran iPhone diramalkan kekal stabil pada 18.9 peratus tahun depan.

Jelasnya, Windows akan menguasai peningkatan sebanyak 5.6 peratus daripada pasaran telefon pintar pada hujung tahun ini, namun dijangka meningkat kepada 10.8 peratus pada tahun depan. - AFP

Adam Merah , Selasa, Ogos 02, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog