2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Keldai dan bayang-bayangnya


Di dalam sebuah negeri, ada seorang lelaki yang suka mengembara. Pada suatu hari, pengembara itu ingin pergi memgembara ke sebuah tempat yang agak jauh. Dia membuat keputusan untuk menyewa seekor keldai bagi menyenangkan perjalanannya.
Pengembara itu pun pergi berjumpa dengan rakannya. Rakannya itu mempunyai seekor keldai yang besar dan sihat.

"Wahai sahabatku, esok saya ingin pergi mengembara. Saya ingin menyewa keldai kamu kerana
saya ingin pergi ke sebuah tempat yang jauh" kata pengembara.

"Bolehkah saya pergi mengembara bersama kamu?" tanya pemilik keldai.

"Baiklah, kamu boleh pergi mengembara bersama-sama saya" kata pengembara.

Pada keesokan paginya, pengembara dan pemilik keldai pergi memulakan perjalanan mereka. Mereka membawa bersama keldai yang disewa itu. Setelah beberapa lama berjalan, pengembara dan pemilik keldai melalui sebuah kawasan padang pasir yang luas. Mereka berhenti rehat kerana cuaca sangat panas dan matahari memancar dengan terik.

Disebabkan tiada pokok atau tempat untuk berteduh, mereka berteduh di bawah bayang-bayang keldai itu. Namun begitu, bayang-bayang keldai agak kecil. Hanya seorang daripada mereka yang boleh berteduh di bawah bayang-bayang itu. Pengembara dan pemilik keldai itu berebut-rebut untuk berteduh di bawah bayang-bayang keldai. Akhirnya mereka berdua bergaduh.

"Saya yang sepatutnya berteduh di bawah bayang-bayang kerana saya telah menyewa keldai ini" kata pengembara.

"Saya hanya sewakan keldai ini kepada awak tetapi bayang-bayangnya tetap menjadi milik saya" kata pemilik keldai.

"Saya sudah membayar sewa, keldai termasuk bayang-bayangnya telah menjadi milik saya" kata pengembara dengan marah.

Pengembara dan pemilik keldai terus bergaduh. Ketika kedua-duanya bergaduh, keldai itu melarikan diri. Akhirnya mereka kehilangan keldai itu.

Moral: Bergaduh hanya merugikan diri sendiri.

Petikan dari Buku Koleksi cerita-cerita moral
Rokiah Mad Dom , Khamis, Ogos 04, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog