2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Awas kanta lekap

Pengguna perlu hati-hati kerana masalah boleh timbul akibat beberapa sebab
 
PENGGUNAAN kanta lekap amat popular pada masa ini.
 
Ramai yang menghadapi masalah rabun jauh atau myopia, termasuk para remaja dan kanak-kanak, menggunakan kanta lekap atas sebab-sebab ingin kelihatan cantik dan selesa.
 
Malah, terdapat juga mereka yang tidak menghidap myopia menggunakan kanta lekap warna-warni hanya untuk kelihatan cantik.
 
Harga kanta lekap murah dan mudah didapatkan. Justeru ramai pengguna berpendapat bahawa penggunaan kanta lekap 100 peratus selamat.
 
Sebenarnya kanta-kanta lekap merupakan objek luar yang dipasang pada kornea.
 
Oleh itu kanta-kanta lekap kotor atau yang tidak dipasang dengan betul di kornea boleh mengakibatkan masalah mata.
 
Malah kanta-kanta lekap yang bersih dan dipasang dengan betul masih boleh menimbulkan masalah jika terlalu kerap digunakan.
 
Salah satu daripada komplikasi yang serius merupakan jangkitan pada kornea.
 
Jangkitan kornea akibat kecuaian penggunaan kanta-kanta lekap boleh mengakibatkan seseorang kehilangan penglihatan dan ada kalanya pesakit berkenaan memerlukan pembedahan tukar kornea.
 
Kanta-kanta lekap merupakan lapisan telus (lutsinar) di kornea yang memisahkan kornea daripada aliran air mata asli.
 
Ini boleh menyebabkan kurangnya bekalan oksigen yang sampai ke kornea dan mata juga boleh berasa kering.
 
Oleh itu, penggunaan kanta-kanta lekap untuk jangka masa yang lama akan mengakibatkan mata menjadi merah dan tidak selesa.
 
Malahan sesetengah orang yang sering biasa menggunakan kanta-kanta lekap akan mengalami petanda mata merah, kekeringan mata dan rasa tidak menyenangkan di mata.
 
Keadaan begini bererti pengguna tidak toleran pada kanta-kanta lekap.
 
Masalah sebegini dapat dicegah atau dilengahkan dengan mengurangkan jangka masa penggunaan kanta-kanta lekap dan menggunakan air mata tiruan ketika menggunakan kanta-kanta lekap.
 
Penggunaan kanta-kanta lekap yang terlalu lama boleh mengakibatkan alahan kanta lekap.
 
Pesakit akan mengadu mata mereka sering berasa gatal dan menjadi merah ketika memakai kanta-kanta lekap.
 
Ada kalanya kelopak mata atas akan bengkak. Biasanya alahan kanta lekap bermula setelah seseorang memakainya dalam jangka masa yang tertentu.
 
Rawatan alahan begini melibatkan arahan berhenti menggunakan kanta-kanta lekap dan menggunakan ubat cecair mata anti-alahan.
 
Kadangkala penukaran pada jenis atau jenama kanta lekap yang lain juga dapat membantu mengatasi masalah alahan ini.
 
Ada kalanya habuk kotoran, contohnya seperti pasir halus boleh terperangkap di ruang antara kanta-kanta lekap dan kornea.
 
Kotoran ini juga boleh mencalarkan kornea mengakibatkan sakit atau pedih. Keadaan begini memerlukan rawatan segera daripada seorang pakar oftalmologi.
 
Oleh yang demikian, amat penting bagi para pemakai kanta lekap menjaga kebersihan kanta-kanta lekap semasa menggunakannya dan memastikan kanta-kanta lekap disimpan dalam keadaan bersih.
 
Di bawah ini disediakan amalan-amalan baik bagi pemakai kanta lekap bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman pada kornea:
 
1. Gunakan kanta lekap yang betul-betul sesuai dari segi saiz dan kedudukan. Pastikan anda mendapat kanta lekap daripada pakar optik atau optometri berkelayakan. Elakkan membeli kanta lekap melalui Internet atau sumber-sumber yang tidak boleh dipercayai.
 
2. Hadkan tempoh penggunaan kanta lekap anda.
 
3. Elakkan memakainya semasa tidur atau berenang.
 
4. Patuhi arahan pihak pengeluar tentang cara penggunaannya. Contohnya kanta lekap yang hanya boleh digunakan selama dua minggu, tidak boleh digunakan lebih daripada tempoh tersebut.
 
5. Mereka yang memakai kanta lekap yang tidak perlu diganti, masih perlu menjaga kebersihannya; kanta-kanta mesti dibersihkan setiap hari dengan larutan cecair yang sesuai.
 
6. Pastikan kebersihan dijaga ketika menyentuh kanta-kanta lekap seperti mencuci tangan dengan betul sebelum memegang kanta-kanta lekap.
 
Walau bagaimanapun, di sebalik semua langkah tersebut, komplikasi kanta lekap masih boleh berlaku.
 
Pemakai kanta lekap harus mendapatkan rawatan sekiranya mengalami sakit mata, kemerahan atau penglihatan kurang jelas semasa memakai kanta lekap.
 
Sesiapa yang perlu memakai kanta lekap secara kerap, pembedahan seperti Lasik merupakan salah satu pilihan yang berkemungkinan besar lebih sesuai berbanding memakai kanta lekap.
 
Oleh Dr Mohamad Rosman Othman
Nota: Penulis konsultan pakar bedah mata di Pusat Mata Nasional Singapura dan Hospital Besar Changi
Muhammad Ttuyup , Khamis, Ogos 04, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog