Ashrawi dedah keputusan Obama
WASHINGTON : Utusan kanan Pihak Berkuasa Palestin (PA), Hanan Ashrawi mengakui gagal memujuk pentadbiran Presiden Barack Obama untuk tidak menggunakan veto terhadap usaha pemimpin Palestin mendapatkan keanggotaan negara mereka sebagai ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengikut sempadan 1967.
Ashrawi berkata, pentadbiran Obama sudah memutuskan untuk menggunakan veto jika PA membuat permohonan kepada Setiausaha Agung PBB, untuk menjadi anggota penuh badan dunia itu.
"Pujukan saja tidak mencukupi. Amerika sudah buat keputusan," kata Said Ashrawi, anggota Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
"Saya hanya berharap apa yang saya kata dapat mengubah fikiran mereka," katanya.
Ashrawi yang dihantar ke Washington oleh Presiden Palestin, Mahmud Abbas, berkata beliau sudah menggesa pegawai Amerika minggu ini supaya menyokong atau sekurang-kurangnya tidak menyekat usaha pemimpin Palestin dalam Perhimpunan Agung PBB (UNGA), September depan.
"Pemimpin AS tidak patut menggunakan veto ke atas perkara yang menjadi hak Palestin untuk merdeka dan membentuk negara," katanya.
Obama menyokong gesaan supaya negara Palestin dibentuk mengikut sempadan ketika perang 1967 selain persetujuan untuk menukar wilayah.
Tetapi, beliau menggesa pemimpin Palestin merundingkannya terus dengan Israel dan tidak membawanya ke PBB.
Pusingan terakhir rundingan damai buntu berminggu-minggu lalu selepas dilancarkan di Washington, September lalu selepas Israel enggan memperbaharui tempoh pembekuan membina penempatan secara terhad di kawasan tuntutan Palestin untuk menjadi sebahagian negara pada masa depan. - AFP
Jumaat, Ogos 05, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Amerika tetap veto Palestin silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "