KUALA LUMPUR, 19 Julai - Wanita di Malaysia dilihat mudah mengalami tekanan berikutan tanggungjawab di rumah, beban di tempat kerja serta saingan gender dalam kerjaya.
Berikutan itu, Ketua Pusat Pembangunan Anak Bangsa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Profesor Madya Abdul Halim Sidek berkata setiap wanita yang menghadapi tekanan perlu bijak mengatasi masalah itu dengan mengambil tindakan sewajarnya.
Beliau berpendapat langkah terbaik mengatasi tekanan ialah menerusi perbincangan berkelompok bersama individu yang berdepan masalah serupa.
"Apabila seseorang wanita mempunyai pengalaman sama dengan wanita lain, ini akan memudahkan mereka berinteraksi dan meluahkan perasaan masing-masing.
"Namun, wanita itu perlulah mencari individu yang jujur agar ceritanya yang dikongsikan bersama, tidak dijajakan pula," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas hasil kaji selidik yang menyaksikan wanita Malaysia menduduki tempat ke-16 dalam senarai golongan paling tertekan.
Wanita di India menduduki tempat pertama dalam kaji selidik mengenai tahap tekanan perasaan yang dijalankan di 20 negara membangun dan ekonomi baru muncul di dunia.
Pendapat sama disuarakan Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Ahmad Atory Hussain, yang berkata golongan wanita hari ini juga terpaksa berdepan saingan dari kaum lelaki.
"Contohnya, persekitaran di pejabat yang mencabar, malah terpaksa bersaing dengan wanita dan lelaki untuk mendapatkan pangkat, selain itu peluang pekerjaan juga lebih memihak kepada lelaki kerana mereka berada dalam kelompok yang kecil, terutamanya dalam sektor perguruan," katanya.
Beliau berkata kerjasama semua pihak, terutama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, perlu diperhebat dengan memantapkan program menangani tekanan, khususnya di kalangan wanita.
"Baru-baru ini, kerajaan telah menubuhkan khidmat kaunseling percuma untuk keluarga yang menghadapi pelbagai masalah kekeluargaan, ini cara yang mudah kepada wanita untuk berkongsi masalah, kerana kauseling dapat memberikan kebebasan bagi menyuarakan masalah yang dihadapi mereka," katanya.
Sementara itu, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Profesor Madya Dr Harlina Halizah Siraj berkata wanita yang tertekan akan mengalami simptom seperti kemurungan, kegelisahan dan tekanan jiwa teruk.
"Tekanan ini membawa maksud kepada 'ketakutan' di mana wanita akan berfikiran buruk terhadap sesuatu perkara sehingga mengganggu psikologi dan emosi wanita itu, ditambah pula dengan keadaan persekitaran yang semakin mencabar," katanya.
Beliau berkata wanita seharusnya boleh mengenal pasti tanda yang menunjukkan kemungkinan mereka menghadapi tekanan ketika berada di tempat kerja atau menjalani kehidupan seharian.
"Sekiranya seseorang wanita itu mengalami tanda-tanda seperti kesukaran untuk tidur dan sentiasa berdebar-debar, itu menunjukkan wanita mengalami tekanan dari segi emosi dan perasaan," katanya.
Beliau juga berkata seseorang wanita itu perlu bijak mengimbangi tekanan hidup dengan mendapatkan nasihat dan sokongan anggota keluarga serta teman rapat bagi mengurangkan bebanan masalah yang ditanggung. - Bernama
Oleh Nur Aimidiyana Zuher

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "