TERLETAK di tengah-tengah bandar raya Singapura, beberapa struktur mirip pohon gergasi setinggi 25 hingga 50 meter ini (lihat gambar) akan 'menghijaukan' lagi sekitaran Marina Bay.
Apabila ia dibuka Jun tahun depan, pengunjung ke Taman di Pinggir Teluk (Gardens by the Bay) boleh menikmati lebih 162,900 tumbuhan daripada 200 jenis yang ditanam di serata struktur tersebut.
Dikenali dengan nama Supertrees, struktur tersebut adalah antara tarikan utama Gardens by the Bay.
Antara jenis tumbuhan yang ditanam pada struktur itu ialah bromeliads, orkid dan bunga tropika berasal dari Brazil, Panama, Ecuador dan Costa Rica.
Menurut Penolong Ketua Pegawai Eksekutif, Gardens By The Bay, Kenneth Er, tumbuhan khusus dipilih bagi menghiasi pohon-pohon gergasi itu.
'Tumbuh-tumbuhan perlu ringan, punya daya tahan lasak dan kami telah berusaha mencari tumbuh-tumbuhan yang sesuai ditanam di permukaan struktur ini,' kata beliau.
Ada juga tumbuhan yang dipilih kerana tidak memerlukan tanah untuk mekar.
Berdiri setinggi sembilan hingga 16 tingkat, sebilangan pohon gergasi itu mempunyai ciri-ciri mesra alam.
Tujuh daripadanya mempunyai sel solar yang berupaya memanfaatkan tenaga suria bagi menjana kuasa pada lampu bagi semua 18 pohon pada waktu malam.
Encik Er menerangkan usaha membina struktur pohon yang mempunyai rangka keluli yang dibalut teras konkrit itu merupakan satu cabaran.
'Bagaimana anda membina struktur yang memberi gambaran ia sebatang pohon besar dalam hutan?
'Dalam menghasilkannya, sekumpulan jurutera telah berusaha memberi gambaran struktur itu ringan dengan kanopi di atasnya seolah-olah serupa dahan-dahan pohon,' kata beliau.
Semalam, pihak media berpeluang menyaksikan proses menaikkan kanopi pohon tersebut.
Setiap kanopi, yang seberat antara 20 dengan 85 tan, mempunyai reka bentuk payung yang terbalik.
Bahagian kanopi itu dinaikkan menggunakan sistem bicu hidraulik.
Ia mengambil masa kira-kira tiga hingga empat jam bagi setiap pokok.
Antara lain, pengunjung juga berpeluang menikmati pemandangan taman pada laluan pejalan kaki sepanjang 128 meter yang tergantung 22 meter dari bumi.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "