KEMAMAN, 24 Julai - Dana Hidupan Liar Sedunia-Malaysia, percaya plastik yang dibuang ke dalam laut merupakan salah satu punca menyebabkan penyu mati.
Ketua Program Pemuliharaan Penyu dan Tuntung Laut Terengganu, WWF-Malaysia, Rahayu Zulkifli berkata ini kerana plastik yang dibuang ke laut dan terapung-apung di permukaan air itu disangka oleh penyu sebagai obor-obor, makanannya.
"Sebab itu apabila kita jumpa penyu mati kita dapati dalam perutnya mengandungi plastik," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Kempen 'Lindungilah Penyu Kita' di sini.
Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat khususnya nelayan supaya bekerjasama dan tidak membuang segala plastik ke dalam laut memandangkan plastik itu boleh membunuh penyu yang semakin pupus.
Rahayu berkata salah satu tujuan WWF-Malaysia mengadakan kempen itu ialah untuk memberi kesadaran kepada masyarakat khsusnya para nelayan supaya jangan buang plastik ke laut kerana ia membahaya kepada penyu.
Beliau berkata WWF telah mengambil pelbagai usaha untuk menambahkan populasi penyu termasuk bekerjasama dengan Jabatan Perikanan membeli telur penyu untuk dieramkan.
Rahayu berkata antara spesis penyu yang dianggap terancam termasuklah penyu belimbing kerana sejak tahun 2000 kurang daripada 10 sarang setahun dijumpai di negeri ini berbanding 10,000 sarang setahun pada tahun 50-an.
Katanya penyu akar juga dikategorikan sebagai penyu terancam walaupun penyu itu masih banyak lagi mendarat atau naik bertelur di negeri Terengganu.
Beliau berkata kempen Lindungilah Penyu Kita yang dijalankan oleh WWF mendapat sambutan daripada pelbagai gologan termasuk pelancong-pelancong dari luar negara.
Rahayu berkata kira-kira 400 orang termasuk pelancong yang hadir pada majlis itu telah menandatangi akujanji bagi menyelamatkan penyu dengan tidak memakan telur haiwan tersebut.
Beliau berkata Jabatan Perikanan Terengganu dan Persatuan Khazanah Rakyat daerah Kerteh, Kemaman turut menyetai kempen itu dengan mampamerkan pelbagai gambar untuk kesedaran orang ramai terhadap penyu. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "